Wednesday, August 31, 2011

Ciri-ciri Seorang Mason


Ciri-ciri Seorang Mason

United States Of America merupakan negara Freemason yang pertama wujud di atas muka bumi. Pusat pemerintahan Masonic yang pertama terletak di Washington D.C. Diasaskan oleh George Washington (Master Mason 33 degree)- Gambar di atas, perlantikan beliau sebagai Presiden US secara tidak langsung telah menabalkan beliau sebagai Head Master of Mason.

Ada beberapa ciri dan perihal yang perlu dikenal pasti sebelum kita mengkelaskan seseorang itu dari golongan ahli free Mason.

1. Memakai Monkey jacket.
2. Memakai apron kecil (seperti apron tukang batu zaman dahulu )
3. Terdapat huruf G
4. Wujud lantai berpetak (chekered floor)
5. Terdapat sebatang atau dua pillar (tiang)

Sebagai tanda penghormatan. Ahli- -ahli masonic telah mewujudkan sebuah lodge dan menamakan lodge tersebut bersempena nama beliau iaitu “The George Washington Masonic Lodge”. Mereka juga membina tugu dan meletakan pada memorial beliau.

Tugu ini dikatakan telah diimport dari Rome. Jika anda perasan dan memperamatinya secara halus, tidakah anda berasa pelik apabila seorang negarawan diukir sebegitu sekali pada tugunya, tidak berbaju. Kini ramai yang telah sedar sebenarnya tugu dia ini di ukir berdasarkan “Baphomet”

Baphomet, adalah salah satu tuhan pagan yang disembah oleh Knights Templar. Mereka dihukum murtad oleh King of France kerana menyembah “Baphomet”. Knights Templar merupakan pertubuhan Masons yang rasmi yang telah membawa pengaruh masonic ke Scotland dan England.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment