Monday, August 15, 2011

Asyraf Haziq Cedera Manakala 3 Muslim Maut





Winson Green, Mangsa yang terkorban kelmarin ketika rusuhan di Birmingham ialah tiga sahabat (dari kiri) Haroon Jahan, 21, Shazad Ali, 31, dan Abdul Musavir, 30. Mereka mangsa langar lari dan menemui ajal serentak ditempat kejadian.

Pada selasa malam dalam pukul 11.30 waktu London, mereka baru saja meningalkan masjid (mungkin selesai solat Terawih). Ketika berada di bahu jalan “Dudley” yang hampir dengan pump minyak, mereka dirempuh oleh sebuah kereta dipandu laju. Tiga lelaki ditahan lingkungan 16, 17 and 26 dan semua dari Birmingham.

Penduduk di situ rata-rata tidak berpuas hati kerana polis tidak melindungi mereka. Polis lagi mementingkan kedai-kedai elektrik berbanding nyawa manusia. Menurut mereka perusuh telah mengugut melalui internet akan menyerang Masjid di situ pada malam tersebut. Pada petang sebelum kejadian dipersekitaran masjid telah kelihatan kereta pacuan 4×4 yang dinaiki oleh remaja-remaja kulit hitam menjerit dari tingkap kereta “Kita bakor!, Kita bakor” (burn, burn). Mereka sangat kecewa kerana terpaksa mempertahankan kawasan mereka dengan kudrat 4 kerat mereka sendiri.

Akibatnya… lebih 100 orang islam berhimpun di jalanan dengan bersenjatakan pemukul “baseball” bila mendapat tahu ada rumah di samun oleh orang kulit hitam. Mereka akan menjaga kawasan mereka sendiri dan mereka akan menuntut bela atas kematian saudara mereka.

Menurut penduduk setempat ketegangan kaum dah lama tak berlaku di kawasan itu. Mengembalikan ketegangan kaum 2005 bila seorang lelaki ditikam dalam rusuhan dan gadis kulit hitam yang baru 14 tahun dirogol bergilir-gilir sekumpulan samseng.



No comments:

Post a Comment