Saturday, August 20, 2011

Bahana demokrasi liberal Barat?

Inikah bahana demokrasi liberal Barat?



Penulis rasa makin takut. Dunia makin terbuka, lepas dan bebas. Agamanya entah di mana. Inikah tempias bahana demokrasi liberal Barat. Nak cakap apa pun, bebas. Nak tuduh apa pun, bebas. Nak fitnah pun, bebas. Nak pertontonkan video dot dot dot pun, bebas. Subhanallah...inikah tandanya agama makin hilang??? Sila baca laporan di bawah ni, seakan ada kebenarannya..

Satu kajian berdasarkan data bancian di beberapa negara mendapati bahawa agama mulai menghilang atau ditinggalkan orang.

Keputusan kajian yang dilakukan oleh Universiti Northwestern dan Universiti Arizona, kemudian dibentangkan dalam pertemuan American Physical Society di Dallas tersebut menggunakan data 100 tahun terakhir dari negara Australia, Austria, Kanada, Republik Czech, Finland, Ireland, Belanda, New Zealand dan Switzerland.

Ketua Pengkaji Richard Wiener dari Research Corporation for Science Advancement berkata, "Dalam banyak demokrasi moden sekular, terdapat kecenderungan di mana rakyatnya mengaku tidak mempunyai hubungan dengan agama."

"Di Belanda jumlahnya mencapai 40%, dan tertinggi boleh dilihat di Republik Czech, di mana angkanya mencapai 60%".

Di Malaysia bagaimana?

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment