Sunday, August 14, 2011

Dakyah Halus Paderi


Dakyah Halus Paderi



Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam kesal dengan sikap sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang menonjolkan berita berhubung perkahwinan lelaki sejenis yang akan berlangsung di negara ini tidak lama lagi.

Beliau berkata, paderi warganegara Malaysia yang membuat pengakuan orientasi seks songsangnya dilapor akan berkahwin dengan pasangan kekasihnya seorang warga Afrika-Amerika tidak lama lagi.

“Dengan memperbesarkan kisah songsang paderi di akhbar berkenaan seolah-olah mengajak dan menggalakkan masyarakat di negara yang terdiri daripada golongan masyarakat majmuk dan anutan pelbagai agama menerima situasi tersebut,” katanya ketika berucap pada Majlis Kasih Ramadan anjuran Pergerakan Puteri UMNO Kedah di Kampung Air Putih, Junjong di sini.

Katanya, tindakan akhbar itu juga membelakangkan keprihatinan masyarakat di negara ini yang menganggap perkahwinan songsang adalah sesuatu yang luar biasa dan dilarang agama.

Beliau berkata, orang ramai perlu berwaspada dengan keadaan perkembangan cara hidup masa kini dan jangan mudah terpengaruh dengan budaya songsang itu.

Akhbar itu Khamis lalu melaporkan paderi berusia 41 tahun yang mengaku gay akan berkahwin hujung bulan ini atau awal bulan depan dengan majlis perkahwinan bakal diadakan di New York, Amerika Syarikat dan Malaysia. – Bernama

No comments:

Post a Comment