Tuesday, August 16, 2011

ISU PEMBESAR SUARA-HILANG LAGI SYIAR ISLAM.

ISUNYA PEMBESAR SUARA: MENGAPA CERAMAH/KULIAH MAGHRIB TIDAK DILARANG?


Polemik yang menghantui nilai survival Islam Pulau Pinang semakin menghantui pemikiran ummah.Apa tidaknya umat Islam terhimpit dengan fatwa mufti. Hujah yang diberikan mudah sahaja, apakah Islam suka menggangu ketenteraman? Islam agama yang menganggu dan sebagainya. Lalu, selepas Pulau Pinang di ambil , maka soldadu pun mulalah mencari apakah hujah yang boleh disandarkan untuk mengurangkan syiar Islam di Pulau Pinang.


Pelbagai tafsir diberikan. Antaranya ialah penggunaan pembesar suara mengganggu jemaah yang sedang bertafakur di dalam masjid dan menggangu penganut agama lain yang sedang tidur. Lagi pun kata mereka sekiranya langkah menggunakan pembesar suara dijadikan sebagai salah satu cara mendekatkan diri dengan Allah maka ianya adalah bidaah baru bagi umat Islam.Mufti perlis telah menyatakan bahawa di perlis keadaan ini telah lama ditinggalkan. Baiklah, sekarang mari kita melihat indikator dan hujah mengganggu dan bidaah baru.

Hujah yang diberikan oleh fatwa ialah bacaan menggunakan pembesar suara adalah dilarang kerana menggangu berdasarkan hadis nabi SAW. Bagaimana pula dengan kuliah maghrib dan subuh yang menggunakan pembesar di luar masjid? bukankah ini mengganggu? Maka kata kawan saya membaca quran dan mendengar kuliah adalah berbeza. Pokok persoalannya ialah mengganggu. Kerana ada aduan , maka jabatan mufti keluarkan fatwa. Sekarang katakanlah ramai yang membuat aduan selepas ini kuliah maghrib dan subuh menganggu mereka? apakah selepas itu, semua kuliah tidak lagi menggunakan pembesar suara di luar masjid? biasanya mengaji quran dipasang 15 minit sebelum waktu subuh dan 15 minit selepas waktu subuh. Ini yang biasa di buat di masjid.


Tapi, kuliah maghrib dan subuh kadang-kadang lebih sejam. Apakah selepas ini akan keluar fatwa yang menyatakan untuk menuntut ilmu kita perlu elakkan menganggu orang lain yang sedang enak tidur dan sedang enak menonton drama pada waktu maghrib.Lalu , kuliah maghrib dan subuh selepas ini hanya akan menggunakan corong pembesar suara untuk dalaman masjid sahaja. Inilah yang berlaku di Singapura dan ini jugalah yang diperjuangkan DAP. Halus dan sangat berkesan. Jika memperdengarkan bacaan quran pun mengganggu, maka memperdengarkan kuliah juga menganggu. Kes terdahulu akan dijadikan hujah bukti bagi kes akan datang. Maka selepas ini, semua aktiviti di masjid tidak perlu lagi menggunakan pembesar suara tetapi cukup sekadar suara yang kuat atau corong pembesar suara dalaman sahaja.

Unsur bidaah dikaitkan dengan hujah larangan menggunakan pembesar suara sekiranya ada yang menyatakan bahawa cara tersebut boleh mendekatkan diri dengan Allah. Apakah kuliah dengan menggunakan pembesar suara yang niatnya untuk mendekatkan diri kepada Allah juga bidaah? apakah khutbah jumaat yang menggunakan pembesar suara juga bidaah kerana tok khatib berharap umat islam disekitarnya boleh mendengar isi khutbah lalu dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apakah berzikir dengan menggunakan pembesar suara juga bidaah? kerana zikir juga ingin mendekatkan diri kepada Allah. Maka, selepas ini , satu persatu akan hilang dalam syiar Islam di Pulau Pinang. Kita tunggulah dengan hati terbuka. Fikirkan wahai umat sekalian. Membaca quran dengan menggunakan pembesar suara untuk tujuan mendekatkan diri kepada Allah adalah bidaah. bagaimana pula berzikir dengan menggunakan pembesar suara untuk mendekatkan diri kepada Allah juga bidaah? Mungkinkah akan wujud lagi fatwa baru bahawa segala amal Islami di masjid dan surau tidak perlu lagi menggunakan pembesar suara. Yang boleh guna pembesar suara hanyalah opera cina dan segala sambutan perayaan kaum cina dan india.teruskan dalam misi hancurkan syiar Islam Pulau Pinang. KLIK

No comments:

Post a Comment