Thursday, August 18, 2011

Kepentingan Ilmu.




Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah
kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila
ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut
sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku
tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki.
Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis
macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang
tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu
soalan yang menyebabkan aku malu besar?..

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan
lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2
najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun
angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut. Tok kadi tanya lagi contoh
najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula
tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu?bukannye
susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh
jantan keluar kat dahi?.tok kadi mula senyum? Aku sebut dalam hati moga2 dia
dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati
dia tak dengar.

Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi
kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum
air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun
sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2
aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku
pegang mata aku, penuh dengan air mata.

Yang aku ingat masa tok kadi tanya
tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi?.tapi bila
pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan
gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ? taik gajah? besar betul..!

Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: ‘Berlapang-lapanglah dalam majlis’, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: ‘Berdirilah kamu, maka berdirilah’, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Mujaadalah [058], ayat 11) Marilah Kita Menuntut Ilmu..Salam Perjuangan.

1 comment: