Saturday, August 13, 2011

Mat Sinar a.k.a Elvis Jalanan Ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kerana RM2?

Mat Sinar a.k.a Elvis Jalanan Ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kerana RM2?




Apa kesalahan sebenarnya dengan Mat Sinar atau juga dikenali sebagai Elvis Jalanan sehingga ditahan oleh 2 orang anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) nie? Adakah kerana memakai kostum yang menyerupai GoldMan? Mat Sinar nie aktif membuat persembahan dengan mengenakan bayaran RM2 setiap kali merakam fotonya di Jalan Bukit Bintang. Beliau ditangkap semasa membuat persembahan semalam dan motif penahanan beliau belum diketahui lagi. Tapi yang pastinya, mesti ada laporan mengenai beliau kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sedikit sebanyak tindakan JKM ini telah mengundang kemarahan rakyat Malaysia di laman sosial Facebook. Kebanyakkan mereka memang tidak berpuas hati dengan penahanan Mat Sinar ini sedangkan ramai lagi yang meminta sedekah tetapi tidak ditahan. Inisiatif Mat Sinar mencari sesuap nasi nie menyalahi undang-undang ke? Pendapat peribadi saya, cara beliau ini adalah kreatif dan rakyat juga senang dengan persembahan beliau.

Jika dikatakan menghalang lalulintas atau ‘menyemak’ pemandangan alam sekitar Jalan Bukit Bintan, kenapa dari dulu Majlis Bandaraya tidak mengambil tindakan? Kenapa baru sekarang? Mat Sinar nie dah wujud lama dah kat Jalan Bukit Bintang dan baru sekarang baru nak ambil tindakan. Lebih baik JKM memberi kenyataan dalam masa terdekat, takut pulak Malaysia nanti jadi macam kat London nanti gara-gara isu nie.

1 comment: