Monday, August 15, 2011

Pembetulan Kenyataan Status Perkahwinan Yusry & Lisa Surihani


Pembetulan Kenyataan Status Perkahwinan Yusry & Lisa Surihani




Gempar dengan Kisah Percintaan Yusry dan Lisa Surihani yang dikatakan akan berkahwin pada tahun hadapan adalah auta semata-mata. Cerita perkahwinan mereka ini yang digembar gemburkan di dalam akhbar Berita Harian tempoh hari adalah tidak benar apabila Yusry menafikan dalam kenyataannya di laman Facebook KruStudios. Yusry memberitahu bahawa beliau tidak pernah mendedahkan kenyataan yang akan mendirikan rumah tangga dengan Lisa Surihani pada tahun hadapan walaupun mengaku hubungan beliau dengan Lisa Surihani semakin intim.

Cyberjaya, 15hb Ogos 2011 – Berikutan pendedahan eksklusif di dalam Berita Harian pada 13hb Ogos 2011 mengenai perkahwinan antara Yusry Abdul halim dan Lisa Surihani. Yusry telah dihujani pelbagai soalan untuk pengesahan mengenai berita tersebut khusunya tentang beliau yang dikatakan bakal mendirikan rumahtangga denga pelakon popular pada tahun 2012.

Dengan ini, Yusry ingin menjelaskan bahawa beliau tidak pernah memberikan kenyataan sedemikian dan spekulasi itu mungkin terjadi kerana salah faham. Walaugaimanapun, Yusry mengakui bahawa hubungannya bersama Lisa Surihani semakin serius dan berharap pada suatu hari nanti akan sampai ke jinjang pelamin.

Buat masa kini, Yusry dan Lisa Surihani masih belum berbincang tentang isu perkahwinan. Oleh yang demikian diharap semua pihak dapat memberikan kerjasama dan tidak keliru dengan pendedahan Berita Harian baru-baru ini. Yusry memohon maaf di atas kenyataan akhbar tersebut. Insya’Allah pada masa akan datang jika terdapat sebarang perkhabaran gembira mengenai hubungan Yusry dan Lisa Suriihani, pihak kami akan memaklumkan kepada semua pihak media.

1 comment: