Monday, August 22, 2011

Pengundi Hantu Tuntut RM 200


Penutup Isu Pengundi Hantu oleh PAS.

Apa yang kami paparkan di sini adalah ulang tayang kepada pendedahan kami sebelum ini iaitu sebenarnya PAS sendiri mempunyai pengundi hantu.

Bagaimana ia boleh berlaku? Kerana sebelum tahun 2002, semua agen SPR boleh mendaftarkan pengundi tidak mengikut alamat pada kad pengenalan. Oleh yang demikian, kesempatan ini digunakan oleh parti politik untuk memindahkan blok-blok pengundinya untuk mewujudkan kubu kuat mereka pada sesuatu kawasan DUN atau Parlimen. Kesempatan ini telah digunakan sepenuhnya oleh PAS untuk mewujudkan kubu kuat mereka di Pulau Pinang iaitu di DUN Permatang Pasir.

Modus operandi mereka mudah iaitu memindahkan para penyokong mereka menjadi pengundi di DUN tersebut walaupun mereka tidak tinggal di situ. Caranya, sesuatu alamat rumah digunakan untuk dijadikan alamat untuk pengundi yang mereka pindahkan . Mungkin ada yang menyatakan ini mungkin satu fitnah semata-mata, bagaimana dengan bukti ini?

Klik imej untuk membaca bukti ini. Sumber dari Malaysia Times.

Kerana itulah setiap kali pilihanraya pembangkang akan menyalak perkataan pengundi hantu. Bagaimana mereka tahu? Mereka tahu kerana mereka pun melakukannya. Walaupun SPR mengetahui tentang perkara ini namun SPR tidak menggunakannya untuk menghentam pembangkang. Kenapa? Sebab pastinya SPR akan dihentam teruk oleh puak pembangkang. Bayangkan dalam SPR menyimpan rahsia taktik-taktik keji mereka pun mereka serang SPR, inikan pula SPR membongkarnya.

Baru-baru ini team MyMassa yang telah dilantik sebagai agen pendaftar pemilih ada mengikuti sesi bersama SPR di mana SPR menegur kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh agen terutamanya agen parti. Antara kesalahan yang dilakukan adalah mendaftar pengundi yang belum cukup umur dan juga orang telah mati. Apa yang mengejutkan ahli team kami yang menghadiri sesi itu adalah yang melenting bukannya agen dari BN tetapi dari pembangkang. Nampak sangat kesalahan tersebut dilakukan oleh mereka. Bayangkan seorang agen pendaftar parti pembangkang boleh mendaftar sehingga 6,000 orang pemilih! Dalam keadaan melenting, seorang agen yang disyaki dari muslimat PAS memarahi SPR kerana SPR tidak membenarkan mereka link dengan sistem JPN. Kalau SPR benarkan mereka dapat link tersebut, maka barulah mereka tahu orang yang didaftar itu sudah mati atau tidak.

Lihatlah bagaimana kejinya mereka. Pertama sebab mereka menyalahkan SPR atas kesalahan mereka. Kedua mereka meminta mengakses sistem JPN. Kalau open source yang JPN buat ni pun dah banyak fitnah yang mereka tabur, inikan kalau mereka dapat full access kepada sistem JPN, entah apa pula maklumat yang mereka keluarkan. Nasib baiklah ada ahli MyMassa yang mengikut sesi tertutup tersebut. Dapatlah kami kongsikan perangai sebenar agen pembangkang yang cuba menguji sistem SPR dengan mendaftar orang yang bawah umur dan yang telah meninggal dunia.

Sebagai penutup, kami memohon supaya PAS menghentikan serangan terhadap SPR kerana makin banyak serangan yang mereka buat, semakin terlondeh mereka kami kerjakan. Insaflah wahai pemimpin PAS. Kepada mangsa-mangsa fitnah PAS bahawa mereka adalah pengundi hantu, kami nasihatkan anda rujuk perkara ini kepada SPR. Mungkin rezeki Hari Raya yang bakal menjelang, dapatlah RM200 dari PAS kerana membuat tuduhan palsu.



P/S-Pejuangmelaka harap hentikanlah fitnah lagi..Dah nak raya dah..Nanti Raya bagi RM 200 yer.. Salam Perjuangan..


Rujukan : Sini

No comments:

Post a Comment