Thursday, August 11, 2011

Perlawanan BPL mungkin ditangguh kerana rusuhan di UK

Perlawanan BPL mungkin ditangguh kerana rusuhan di UK

Beberapa perlawanan Carling cup dan perlawanan persahabatan negara telah ditangguh atas sebab keganasan dan kemungkinan perlawanan pertama BPL minggu ini juga terkena kesannya.





Perlawanan pembukaan Barclays Premier League (BPL) 2011/2012 hujung minggu ini antara acara sukan yang menerima kesan daripada rusuhan yang baru-baru ini terjadi di sana. Dengan perlawanan persahabatan antara England dan Belanda dan Nigeria dan Ghana telah dibatalkan. Ditambah penangguhan beberapa perlawanan piala liga melibatkan pasukan liga championship. Sekiranya rusuhan terus terjadi, perlawanan premier league juga terpaksa dibatalkan. Kini rusuhan telah merebak dari London ke Manchester, Birmingham dan Nottingham. Perlawanan antara Tottenham dan Everton di White Hart Line adalah yang paling berisiko diadakan dengan kaunter tiket stadium tersebut telah rosak dalam rusuhan itu. Perlawanan antara Queens Park Rangers (vs Bolton) dan Fulham (vs Aston Villa) juga dinasihatkan untuk menangguhkan perlawanan demi keselamatan penyokong dan pemain. Masih tiada berita rasmi perlawanan BPL dibatalkan dan tunggu pengesahan dari pihak berkuasa untuk teruskan perlawanan itu atau tidak.

Adui, baru nak gembira musim baru BPL nak mula tetapi pejuangmelaka rasa tak mungkin dibatalkan tetapi imej mereka terjejas la.

No comments:

Post a Comment