Thursday, August 18, 2011

Remaja bawah 18 tahun dilarang berjemaah di masjid




Semua larangan yang lain ada bagusnya tapi yang tak boleh diterima dek akal ialah kenapa remaja bawah 18 tahun dilarang berjemaah di masjid? Sungguh pelik negara yang 98% rakyatnya beragama Islam mengenakan larangan tersebut.

Pasti ini adalah salah satu usaha untuk membendung penyebaran ajaran agama Islam di negara-negara bekas jajahan Russia tersebut. Bersyukurlah di negara Malaysia yang bertuah ini semua warganegara bebas untuk menjalankan ibadah agama masing-masing dengan tanpa sebarang sekatan.
Tajikistan haramkan remaja Islam berjemaah di masjid.Harap Selepas tidak beri buka pembesar suara janganlah hilangkan lagi syiar Islam..

DUSHANBE - Tindakan Presiden Tajikistan, Imomali Rakhmon mengharamkan remaja Islam
daripada bersembahyang di masjid menyebabkan para pemimpin Islam di negara ini menyifatkan arahan itu sebagai'hadiah kejam' untuk umat Islam di bulan Ramadan.

Rakhmon yang berkuasa sejaktahun 1992 menandatangani rang undang-undang
'tanggungjawab ibu bapa itu' pada Rabu lalu dan berkuatkuasa mulai semalam.

Beliau menyatakan tindakan itu perlu bagi mencegah penyebaran fahaman fundamental agama dinegara yang memiliki seramai 7.5juta orang penduduk dengan 98 peratus daripadanya beragama Islam.

Semua individu yang berusia 18tahun ke bawah, kecuali mereka yang belajar di sekolah agama diharamkan daripada bersolat di masjid atau rumah ibadat lain.

Golongan gadis pula diharamkan daripada memakai barang kemas kecuali anting-anting.

Mereka yang berusia 20 tahun ke bawah juga dilarang
mencacah tatu, pergi ke kelab malam, menonton filem atau
membaca material yang menyebarkan unsur-unsur pornografi, keganasan dan
ekstremisme.

No comments:

Post a Comment