Saturday, August 13, 2011

Senarai Tempat Berbuka Yang Mempunyai Sijil Halal


Senarai Tempat Berbuka Puasa 2011 | Senarai Tempat Berbuka Yang Mempunyai Sijil Halal





Buffet Ramadhan memang sesuatu yang tidak asing lagi di tempat kita. Ia mendapat sambutan dari semasa ke semasa. Di bulan yang diwajibkan berlapar dan berdahaga ini, manusia mudah ‘disihir’ oleh aneka makanan dan minuman yang beraneka rasa dan warna. Namun, aneka rasa dan warna dan faktor harga tidak harus dijadikan kayu ukur oleh pengguna islam.


Sebagai pengguna yang bijak, persoalan halal dan haram yang wajib diutamakan. Terlalu banyak hotel-hotel dan resort untuk saya senaraikan. Merangkumi setiap negeri di seluruh negara. jadi sahabat boleh melakukan rujukan sendiri dengan berkunjung ke laman ini, Portal Rasmi Hab Halal Malaysia

Info Tambahan:
Kekedang terdapat pihak-pihak tertentu yang mengadakan dan menganjurkan majlis berbuka di hotel-hotel. Adakalanya di hotel-hotel mewah dengan bayaran yang agak ‘mewah’ yang kekadang lari dari konsep dan falsafah Ramadhan. Sebab sewajarnya di bulan yang mulia ini kita cuba menghayati kesusahan golongan yang miskin termasuklah saudara seagama dan seakidah dengan kita seperti di Kemboja yang rata- ritinya menjamah daging hanya setahun sekali. Hari-hari biasa, nasi berlaukkan garam atau ikan sungai serta ubi kayu sahajalah menunya.

Sumber : Selatan Online

No comments:

Post a Comment