Friday, August 12, 2011

Seri Ferda Najwa telah ditemui

Seri Ferda Najwa telah ditemui.




Dari sumber yang boleh dipercayai, NAJWA hilang kerana mengikuti lelaki yang baru dikenalinya di FB. Pada pandangan Imanshah sebenarnya Facebook mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan remaja sekarang. Kerana FB lah ramai dalam kalangan anak-anak gadis di luar sana yang terjebak dengan cinta ekspress dan akhirnya membawa kepada masalah sosial seperti lari dari rumah, seks bebas mahupun masalah menjadi keldai tunggangan dengan mengedar dadah sehingga ke luar negara. Inilah harga yang perlu dibayar atas nama teknologi maklumat hari ini.

FB memang dicipta untuk kemudahan, namun selama mana ianya mampu menjadi alat untuk memudahkan Imanshah pun tak pasti. Nak mengatakan tak payah menggunakan FB, rasanya pada Imanshah, kalau digunakan pada jalan yang betul dan tidak memudaratkan, tak salah. Penceramah agama terkenal seperti UStaz Khazim Elias pun menggunakan FB untuk berdakwah. Pokok pangkal terpulang kepada pengguna, sejauh mana menggunkannya dengan cara sebaiknya.

Berbalik kepada kisah remaja lari dari rumah, ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam memantau perkembangan anak-anak. Dengan siapa dia berkawan, dan kalau boleh selalulah memeriksa akaun FB anak-anak setiap kali on9. Maaf mungkin ini pandangan ortodok saya. Mungkin ada sesetengah ibu bapa berpendapat anak-anak sekarang lebih suka kebebasan, tak perlu dikongkong sangat dan sebagainya. Namun takut sudah terhantuk, baru terngadah. Imanshah berkata begini kerana didikan orang tua kami sememnagnya bersifat mengongkong. Dan sehingga usia 31 tahun pun, emak akan selalu bertanya kemana saya pergi, dengan siapa saya berkawan walaupun anaknya sudah besar panjang. Sesetengah orang mungkin rimas, tapi saya kira rimas itu sebenarnya ubat paling mujarab untuk mengetehui setiap pergerakan anak-anak.
Waalahhua'lam.

No comments:

Post a Comment