Thursday, August 18, 2011

UFO Ciptaan India?






Ramai para penyelidik UFO ingin mengetahui suatu fakta penting yang sebenar. Ketika UFO hangat diperkatakan sebagai kenderaan milik makhluk asing, atau mungkin asalnya daripada tentera kerajaan Amerika, muncul sebuah lagi kemungkinan tentang UFO iaitu ia mungkin berasal dari Kerajaan India Kuno dan Atlantis. Daripada apa yang kita ketahui tentang pesawat terbang orang India kuno adalah datangnya daripada sumber² manuskrip India kuno sendiri yang mencakupi penulisan teks yang ditulis dan diwariskan secara turun-temurun. Tanpa sebarang banyak prasangka boleh kita katakan bahawasanya kebanyakan teks ini adalah sah dan asli apabila melihat pada sebahagian besarnya yang belum lagi diterjemahkan dari bahasa Sanskrit lama ke dalam bahasa lain.

Maharaja India Ashoka telah mencipta sebuah organisasi Sembilan Lelaki Misteri yang merupakan para ilmuan terkenal India yang dikatakan telah mengkatalog pelbagai jenis sumber-sumber ilmu sains. Ashoka telah merahsiakan kerja- kerja mereka semua kerana beliau merasakan bahawa penemuan ilmiah yang terbaru itu akan tersasar daripada sumber India kuno itu sendiri dan akan disalah gunakan bagi tujuan peperangan yang kejam yang mana tidak diingini oleh Ashoka sendiri. Sembilan lelaki misteri telah menulis sembilan buah buku yang saling berkaitan antara satu sama lain. Buku yag bertajuk Rahsia-Rahsia Graviti amat dikenali di kalangan sejarawan tetapi tidak dianggap oleh mereka sebagai sesuatu yang berkaitan dengan graviti bumi. Ia dianggap masih lagi tersimpan di dalam sebuah perpustakaan rahsia di India, Tibet, atau di tempat-tempat lain (mungkin juga berada di sekitar Amerika Utara).

Hanya beberapa tahun silam, rakyat China telah menemui beberapa buah dokumen sanskrit di Lhasa, Tibet serta telah membawanya ke Universiti Chandrigargh untuk diterjemahkan. Dr. Ruth Reyna dari Universiti itu menjelaskan bahawa dokumen itu mengandungi panduan untuk menghasilkan pesawat luar angkasa! Cara-cara pembuatannya adalah bersifat anti-graviti dan berasaskan pada satu sistem analog yang digelar sebagai laghima, iaitu satu sumber tenaga yang tidak diketahui oleh manusia moden sekarang.




Menurut ahli Yoga Hindu, laghima akan menjadikan seseorang itu mempunyai kemampuan untuk terbang. Dr.Reyna menjelaskan bahawa pada papan mesin yang dikenali sebagai Astras, dikatakan telah digunakan oleh masyarakat India kuno untuk membawa satu rombongan manusia ke planet lain, sesuai dengan apa yang tertera pada dokumen tersebut, yang mana dikatakan telah berusia beribu-ribu tahun. Manuskrip itu juga dikatakan telah memaparkan rahsia antima (cara-cara untuk ghaib) dan gerima (bagaimana untuk menjadi seberat gunung).

Pada mulanya para ilmuwan India tidak begitu serius dengan kandungan manuskrip tersebut tetapi kemudian mereka menyedari akan hakikat betapa bernilainya manuskrip tersebut apabila negara China mengumumkan bahawa mereka akan memasukkan bahagian tertentu daripada data manuskrip tersebut ke dalam program kajian angkasa mereka! Walaupun manuskrip tersebut memaparkan secara jelas tentang rancangan penjelajahan antara planet dan penjelajahan ke bulan tetapi tidak dijelaskan apakah semua perjalananan angkasa itu benar-benar dilakukan.

Walau bagaimanapun sebuah epik terkenal India iaitu Epik Ramayana, mempunyai sebuah cerita yang terperinci tentang satu penjelajahan ke bulan dengan menggunakan Vimana (atau Astra). Malah epik Ramayana menceritakan dengan terperinci maklumat tentang sebuah pertempuran di atas bulan dengan sebuah pesawat Asvin (atau Atlantean). Ini adalah satu bukti mengenai teknologi anti-graviti dan teknologi kapal angkasa telah digunakan oleh masyarakat kuno India.

Untuk benar-benar memahami teknologi tersebut, kita harus meninjau kembali ke masa lampau, ke Kerajaan Rama di India Utara dan Pakistan yang terbentuk sekitar 15.000 tahun silam. Pada masa itu dinyatakan bahawa telah muncul kota-kota canggih yang setiap sesuatunya teratur secara sistematik mulai dari penataan lanscape hinggalah ke saluran air. Ingatkah lagi bagaimana kisah Nabi Sulaiman yang menawan Ratu Balqis? Bagaimana bentuk istananya, sehingga digambarkan apabila kita berjalan di atas lantai istana itu, seolah-olah kita berjalan di atas permukaan air! Mungkin ini ada kaitannya. Sedangkan di dalam Al-Quran ada disebutkan tentang mukjizat Nabi Sulaiman yang boleh mengawal angin. Ini mungkin berkait rapat dengan teknologi yang berkembang pada zaman itu. Bukti kewujudan Rama masih dapat ditemui di padang pasir Pakistan utara dan India barat. Rama diperkirakan hidup sezaman dengan bangsa Benua Atlantis. Tujuh buah kota besar yang teragung dalam Kerajaan Rama yang terkenal dengan nama Tujuh Kota-Kota Rishi dalam teks klasik Hindu.

Menurut penjelasan teks India kuno, masyarakat ketika itu mempunyai mesin terbang yang dipanggil sebagai Vimana! Epiks India kuno telah menjelaskan tentang pesawat Vimana yang merupakan sebuah pesawat yang mempunyai dua dek dan berbentuk bulatan serta mempunyai rongga lubang pada bahagian bawah pesawat dan menara pada bahagian atasnya. Berdasarkan pada keterangan tersebut kita mungkin akan mengaitkannya dengan piring terbang aka UFO. Vimana dikatakan mempunyai kemampuan untuk terbang dengan kecepatan angin dan mengeluarkan bunyi bermelodi. Terdapat sekurang-kurangnya 4 jenis pesawat Vimana; sebahagiannya berbentuk piring dan yang lain pula berbentuk silinder panjang (kapal angkasa berbentuk rod).

Masyarakat India kuno yang menghasilkan kapal sendiri telah menulis manual teknik penerbangan pelbagai jenis pesawat Vimana, yang sebahagian besar manuskripnya masih lagi dicari-cari oleh para ilmuan. Bahagian manuskrip yang telah ditemui itu telahpun diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris. Samara Sutradara adalah satu karya sastra ilmiah yang berkaitan dengan keberhasilan perjalanan angkasa lepas dengan menggunakan sebuah Vimana. Terdapat 230 puisi berkaitan dengan cara menghasilkan perjalanan sejauh seribu batu, pendaratan secara normal, kecemasan, dan kisah penerbangan di antara burung-burung!






Pada tahun 1875, sebuah kitab berjudul Vaimanika Sastra yang ditulis oleh ilmuan yang bernama Bhara Dewaji yang menggunakan kitab-kitab yang lebih lama sebagai sumber rujukkannya. Kitab itu ditemui di dalam sebuah kuil di India dan di dalamnya terdapat keterangan-keterangan yang berkaitan dengan cara mengemudi Vimana, langkah- langkah penyelamatan, penerbangan jauh, dan perlindungan terhadap pesawat daripada ancaman taufan, kilat, dan petir. Kitab itu menjelaskan bagaimana cara untuk menyerap tenaga matahari. Vaimanika Sastra (atau Vymaanika-Shaastra) mempunyai lapan peringkat dengan gambar sketsa yang menjelaskan tentang tiga jenis kapal udara, termasuknya jenis-jenis mudah terbakar atau hancur.

Ia juga menerangkan tentang 31 jenis bahagian tertentu kenderaan ini dan 16 bahan mentah sebagai sumber tenaganya yang mana boleh juga menyerap cahaya dan tenaga panas yang sesuai untuk menggerakkan Vimana. Dokumen ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dan boleh didapati dengan mengirimkan surat kepada penerbit Vymaani Dashaastra Aeronotics untuk Maharishi Bharadwaaja. Diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris dan disunting, dicetak dan dikeluarkan oleh En. G.R. Josyer, Mysore, India, 1979. En. Josyer adalah seorang pengarah bagi akademi Tehnik Sanskrit Antar Bangsa, terletak di Mysore.

Memang tiada keraguan bahawa Vimana telah digerakkan oleh sumber tenaga anti-graviti. Vimana berlepas secara melintang, dan dikatakan mampu untuk terbang di langit seperti sebuah helikopter moden. Bharadvajy menyatakan bahawa tidak kurang daripada 70 orang pihak pemerintah dan 10 orang pakar penerbangan udara yang terlibat. Sumber tenaga ini sekarang telah hilang. Vimana telah disimpan di sebuah Vimana griha, seperti penyangkut, dan dikatakan kadangkala dicat dengan sejenis cat putih kekuningan dan kadangkala dengan sejenis bahan merkuri.

Cat putih kekuningan kelihatan mencurigakan seperti gaselin dan mungkin Vimana mempunyai hitungan sumber tenaga yang berlainan termasuk mesin penggerak dan malah mesin jet saraf. Adalah menarik untuk diketahui bahawa pihak Nazi juga telah membuat mesin jet saraf praktikal pertama bagi roket V.8 mereka. Kakitangan Hitler dan Nazi juga dikatakan berminat dengan sejarah India kuno dan Tibet sehingga pada awal tahun 30- an telah membawa satu kumpulan ekspidisi ke dua tempat tersebut setiap tahun, sebagai usaha untuk mendapatkan bukti kuat dan tidak mustahil jika dikatakan pihak Nazi mungkin memperolehi panduan ilmiah mereka daripada dua sumber kuno ini.

Merujuk pada Dranaparva yang merupakan sebahagian daripada epik Mahabarata dan Ramayana, Vimana digambarkan seperti sebuah objek bujur dan mempunyai kecepatan yang hebat seperti angin kencang yang dihasilkan oleh bahan merkuri. Ia bergerak seperti sebuah UFO, ke atas dan ke bawah, ke belakang dan ke depan seperti yang diingini juruterbang. Di dalam satu lagi sumber India lain iaitu Samaranganasutradhara telah menjelaskan bagaimana kenderaan ini dicipta.

Pada zaman tersebut telah dikenal pasti penggunaan bahan merkuri sebagai bahan bakar Vimana, melihat gambaran yang dijelaskan oleh buku itu. Banyak ilmuan Rusia kehairanan ketika menemui catatan berupa panduan mengemudi kenderaan yang tertera di beberapa dinding gua di turki dan Gurun Gobi. Daripada ukiran dan relief yang terdapat pada potongan tanah liat dan kaca digambarkan bagaimana sebuah kenderaan kosmik bergerak laju. Pesawat terbang antara planet itu dilambangkan dengan segitiga yang di dalamnya terdapat simbol merkuri. Ini jelas menunjukkan bahawa orang-orang India purba telah mampu mengirim utusan dengan kenderaaan ini dan menjelajahi wilayah Asia, Atlantis, sampailah ke Amerika Selatan.

Di Mohenjodaro (Pakistan) terdapat manuskrip yang menjelaskan tentang peperangan Ramayana yang menggunakan segala bentuk persenjataan dan kenderaan terbang seperti itu. Bayangkan betapa teknologi laser, jet, dan roket telah ada di kerajaan Ramayana sejak zaman dulu dan menghancur leburkan peradaban pada zaman itu. Mari kita semak bait-bait yang tertulis dalam kitab Mahawira dan Bhawabhuti yang berasal dari abad ke-8: Sebuah kenderaan udara, Pushpaka membawa banyak orang ke ibu kota Ayodhya. Langit dipenuhi dengan pelbagai kenderaan terbang, gelap bagaikan malam, namun terlihat dari cahayanya yang kekuningan. Malangnya Vimana, seperti kebanyakan ciptaan ilmiah yang lain, telah digunakan untuk tujuan peperangan. Orang-orang Atlantis menggunakan kenderaan terbang mereka, Vailixi untuk menyerang negeri-negeri lain dan menguasai dunia.

Dalam teks kuno India mereka dikenali dengan nama bangsa Aswins. Meskipun tak ada catatan tentang pesawat Vailixi dari bangsa atlantis sendiri tapi kedatangan mereka ke India melalui udara banyak sekali diceritakan. Deskripsi Vailixi berbentuk silinder panjang dan selain dapat terbang juga bermampuan untuk bergerak di dalam air seperti kapal selam moden. Kenderaan-kenderaan lain, seperti Vimana berbentuk seperti piring dan mungkin juga boleh bergerak di dalam air. Menurut Eklal Kuehshana, penulis The Ultimate Frontier, dalam satu artikel yang ditulisnya pada tahun 1966, menyatakan bahawa Vailixi yang paling awal dihasilkan adalah di Atlantis iaitu kira-kira 20,000 tahun lampau dan bentuk yang paling biasa dihasilkan ialah berbentuk piring dengan tiga ruang mesin dibawahnya. Mereka menggunakan satu peralatan mekanikal yang anti- graviti dengan menggunakan tenaga mesin sebesar 80,000 tenaga kuda.




Dalam teks Mahabarata, salah satu sumber yang menerangkan tentang pesawat Vimana, ada yang menjelaskan tentang kemusnahan yang hebat kesan daripada peperangan tersebut: (senjata itu merupakan) satu alat yang mengandungi semua tenaga yang ada di dunia ini. Satu kepulan asap yang besar dan cahaya yang terang benderang bagaikan sinaran dari beribu-ribu matahari telah dihasilkannya. Satu pancaran kilat, satu pembawa pesan maut yang dahsyat, yang menyebabkan kemusnahan seluruh keturunan Vrishni dan Andhaka. Mayat-mayat mereka terbakar hangus sehingga tidak dapat dikenal pasti. Rambut dan kuku mereka terkelupas; pecah tanpa sebab, dan burung-burung bertukar menjadi putih.. Selepas beberapa jam semua bahan makanan turut tercemar. Untuk mengelakkan diri daripada api itu, para askar terjun ke dalam sungai untuk membersihkan diri mereka dan peralatan mereka.

Dari penjelasan ini, seolah-olah Mahabrata sedang menggambarkan satu keadaan peperangan menggunakan bom nuklear! Kini pihak Barat telah mampu mengungkapkan sebahagian daripada rahsia graviti. Mereka telah mampu mencipta mesin anti-gravitai daripada penghasilan tenaga medan elektromagnet yang mereka namakan sebagai levitasi, namun masih belum lagi dipraktikkan secara meluas.

Apakah kita dari Asia Tenggara harus bersikap acuh tak acuh sahaja mengenai hal ini? Sedarlah. Rujukan seperti ini bukan hanya satu; peperangan senjata yang menakjubkan dan kenderaan terbang merupakan gambaran biasa didalam buku-buku epik India. Terdapat sebuah epik yang menggambarkan peperangan Vimana-Vailixi di bulan! Peperangan yang digambarkan menunjukkan dengan tepat tentang satu kesan letupan atom atau nuklear dan kesan radioaktif ke atas penduduknya.

Ketika kota besar Rishi di Mohenjodaro (Pakistan) ditemui oleh para arkeologi pada akhir abad yang lalu, mereka melihat rangka-rangka yang bergelimpangan di jalanan, ada yang berpegangan tangan, seolah-olah mereka telah dilanda satu malapetaka yang amat dasyhat secara tiba-tiba. Pada rangka-rangka tersebut terdapat sisa radioaktif yang tinggi, sama dengan apa yang dijumpai di Hiroshima dan Nagasaki. Dibuktikan lagi dari kota-kota kuno yang diperbuat daripada batu-bata dan batuan yang telah pula berubah sifat, iaitu di India, Ireland, Scotland, Perancis, Turki dan beberapa wilayah lain. Masih tiada penjelasan yang logik mengenai perubahan itu melainkan akibat ledakan nuklear.




Selain itu, di Mohenjo-Daro, sebuah kota besar yang terancang yang di bina di dalam bentuk grid, dengan sistem saluran yang lebih baik daripada yang terdapat di Pakistan dan India, jalan-jalannya dipenuhi dengan serpihan kaca-kaca hitam. Serpihan tersebut kemudiannya dikenal pasti sebagai tanah-tanah liat yang telah cair akibat kepanasan yang melampau. Teknologi yang maju akhirnya musnah juga dalam sekelip mata sepertimana peristiwa tenggelamnya Atlantis dan kemusnahan Rama akibat senjata atom/nuklear, maka untuk beberapa ketika dunia kembali ke zaman batu seperti beberapa ribu tahun sebelumnya. Namun begitu, bukan semua pesawat Vimana dan Vailixi milik Kerajaan Rama dan Atlantis yang musnah. Kerana pesawat² itu juga diciptakan untuk berfungsi selama beribu-ribu tahun, mungkin kebanyakannya masih boleh digunakan, seperti yang terdapat dalam karya Nine Unknown Men, Ashoka, dan manuskrip Lhasa.

Yang menariknya adalah terdapat satu petikan sejarah yang menyatakan bahawa semasa Iskandar Yang Agung menyerang India lebih daripada dua ribu tahun lalu, pasukannya telah diserang dengan perisai yang berterbangan dan bercahaya yang menakutkan pasukan tentera dan pasukan berkudanya. Walau bagaimanapun piring- piring terbang itu tidak menggunakan sembarang bom nuklear atau senjata pemusnah lain ke atas askar Iskandar.

Penulis juga ingin menyatakan bahawa mungkin terdapat beberapa golongan masyarakat yang telah menyimpan sebahagian pesawat Vimana dan Vailixi mereka di dalam gua-gua rahsia di Tibet atau tempat-tempat lain di Asia Tengah dan Gurun Lop Nor di barat China yang sampai sekarang dikenali sebagai pusat misteri UFO yang besar. Mungkin di situlah kebanyakan kapal angkasa seperti UFO disimpan, di pangkalan bawah tanah yang dibangunkan oleh pihak Amerika, Inggeris, dan Rusia beberapa dekad yang lalu. Namun kemunculan UFO pada masa sekarang yang begitu kerap tetap sahaja menimbulkan pelbagai persoalan tentang aktiviti mereka.

No comments:

Post a Comment