Thursday, August 18, 2011

Yusry Nafi Kahwin Lisa Tahun Depan

Yusry Nafi Kahwin Lisa Tahun Depan








KUALA LUMPUR – Pengarah KRU Studios, Yusry Abdul Halim, 38, yang dikatakan merancang untuk berkahwin dengan aktres popular, Lisa Surihani Mohamed, 25, jika tiada aral melintang, pada tahun depan tampil menafikan perkara itu.

Walaubagaimanapun, Yusry mengakui hubungannya dengan Lisa semakin serius dan berharap hubungan tersebut akan berakhir di jinjang pelamin suatu hari nanti.

“Buat masa ini, Yusri dan Lisa masih belum berbincang tentang isu perkahwinan. Oleh yang demikian, diharap semua pihak dapat memberikan kerjasama dan tidak keliru dengan pendedahan sebuah akhbar arus perdana sebelum ini,” katanya dalam kenyataan yang tersiar di blog zonartis.com.

Beberapa hari yang lalu, heboh di blog-blog hiburan tempatan mengenai pengakuan Yusry merancang untuk berkahwin dengan Lisa, jika tiada aral melintang, pada tahun depan.

Yusry adalah seorang duda setelah bercerai dengan pelakon popular, Erra Fazira pada tahun 2006 manakala Lisa pula adalah pelakon sedang meningkat naik dengan status bujang dan berkelulusan ijazah dalam bidang perundangan.

Mengulas lanjut, Yusry berkata, pihaknya memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dan tidak menyalahkan sesiapa dalam hal berkenaan.

“InsyaAllah, di masa akan datang, jika terdapat sebarang perkhabaran gembira mengenai hubungan Yusry dan Lisa, pihak kami akan memaklumkan kepada semua media,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment