Wednesday, September 21, 2011

Antara Ranking dan Akademik ?


Kerjaya Di Hujung Tanduk. Naib Canselor UM Ghauth Jasmon Harus Di Ganti Segera.



Gila Ranking Dunia

1- Kemelut yang melanda Univeriti Malaya dibawah pimpinan Vice Chancellor, Prof Tan Sri Dr Ghauth Jasmon akhirnya terjawap apabila beliau sendiri mengakui bahawa beliau amat taksub untuk menaikan ranking UM dimata dunia.

Polisi TS Dr Ghauth Jasmon ialah berkehendakan pensyarah akademik dan pelajar lepasan ijazah memperbanyakan dan memperbaiki kualiti penyelidikan mereka untuk di terbitkan di jurnal Thomson Institute for Scientific Information (ISI).

“This is a key policy that will continue under my administration so the promise of getting UM into the Top 100 in the QS World University Rankings will be achieved by 2015,” - Ghauth Jasmon dilaporkan The Star.

2- Atas dasar Ghauth Jasmon maka UM tahun ini telah melonjak dari Ranking Dunia dari tanggga 207 kepada 167,  hasil kompilasi QS (Quacquarelli Symonds) Ltd Intelligence. Kita tumpang berbangga tetapi setiap perlakuan itu tentu ada pengorbanannya.

Didalam kes ini siapakah akan rugi dan dikorbankan, dan kenapa dan bagaimana?

3- Ketaksuban Ghauth Jasmon ke Tahap Gila Ranking.
QS Ranking adalah berdasarkan 6 kriteria dan peratus pemberatan:
a- Reputasi Akademik - 40%
b- Reputasi Kakitangan - 10%
c- Journal/Books di iktiraf (Citations per faculty>) - 20%
d- Nisbah Pelajar Fakulti - 20%
e- Nisbah Fakulti Antarabangsa (staff asing) - 5%
f- Nisbah Score Pelajar International. - 5%

Ketaksuban Ranking Dunia hanyalah mainan nisbah ciptaan Barat yang meletak kriteria pemilihan berdasarkan kehendak dan keperluan mereka. 80% nisbah di korbankan hanya untuk menaikan dan melonjakkan nisbah qualiti 20% sahaja (Citation).

Nisbah Pelajar Fakulti Fakulti (20%) ditambah naik dengan pengurangan pengambilan pelajar undergraduate dan menambah pelajar post-graduate. Berapa kerat kah pelajar Malaysia, terutama Melayu, yang membuat post-graduate. Ditambah dengan saingan dari universiti lain. Jadi pelajar post-graduate tentu lah datang dari luar negara.

Nisbah Fakulti Antarabangsa (5%) ditambah naik dengan mengambil lebih staff luar/antarabangsa sebanyak mana mungkin. Yang ada, terutama Melayu, perlu dibuang untuk tujuan itu.

Nisbah Score Pelajar Antarabangsa (5%) ditambah naik dengan menambah pengambilan pelajar luar/antarabangsa, bermakna kuranglah pelajar Malaysia, terutamanya Melayu.

Untuk mencapai matlamat tersebut pelbagai kemelut kakitangan akademik, pelajar dan penghijrahan keluar pensyarah berlaku, terutamanya yang berbangsa Melayu.

4- Jelas, mainan nisbah diatas cukup merugikan pelajar Malaysia, terutamanya Melayu kerana Ghaust Jasmon cukup gemar dengan staff dan pelajar China/India, walaupun beliau sendiri adalah keturunan asli Jawa dari Muar.

Penulis bersetuju 500%, jika Ghauth Jasmon dihapuskan dari jawatan Naib Canselor kerana tindak tanduk beliau di Universiti Malaya banyak merugikan orang-orang Melayu disebabkan kegilaan beliau mengejar kedudukan ranking dunia. Dan digantikan dengan Naib Canselor yang tidak gila.

Jika anda juga gila ranking dan berminat dengan Ghaust Jasmon, laman web ini mesti di ikuti sehingga kejatuhan Jasmon di sini >

Sumber Star>


Rujukan : Sini



Undi tidak percaya pada Ghauth

Utusan Malaysia
19 September
KUALA LUMPUR 18 Sept. — Majlis Perundingan Melayu (MPM) telah hilang kepercayaan kepada Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Tan Sri Ghauth Jasmon atas tindak-tanduk dan ragam pentadbiran beliau yang amat mendukacitakan.
Pengerusi pendidikan MPM, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, MPM akan menyerahkan Memorandum Undi Tidak Percaya terhadap Ghauth kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat agar kontrak beliau tidak disambung selepas November ini demi survival Melayu, kemajuan bangsa, bahasa dan negara.
“Ghauth dalam kegilaan mengejar ranking unviersiti telah mengorbankan kepentingan agenda pembangunan Melayu, menjejaskan kuota 55:45 staf akademik Melayu dan memudaratkan fakulti-fakulti beraliran sastera yang banyak menerbitkan bahan penerbitan dalam bahasa Melayu.
“Penerbitan dalam jurnal tempatan juga terjejas disebabkan tumpuan bagi jurnal Information Sciences Institute (ISI) dan mengabaikan penyelidikan dalam menangani isu-isu serta masalah tempatan yang penting,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika perjumpaan jawatankuasa pemandu MPM di sini, hari ini.
Tambah beliau, hal tersebut akan menyebabkan UM ketandusan para cendekiawan Melayu dalam bidang sastera dan Islam serta tidak mustahil bidang itu akan mengecil serta terus pupus.

No comments:

Post a Comment