Saturday, September 24, 2011

Kisah kebodohan dan cahaya


Kisah kebodohan dan cahaya


Imam Al-Ghazali menulis kisah kebodohan dan cahaya,mengenai bagaimana pahlawan-pahlawan akal memiliki musuh yang merupakan pahlawan-pahlawan kebodohan:

Tuhan menciptakan akal- makhluk pertama di antara makhluk-makhluk rohani (ruhaniah)- daripada cahayaNya disisi kanan takhtaNya. Dia berkata kepada akal : “Berpalinglah daripadaKu” , maka akal pun berpaling .Lalu Dia berkata, “berpalinglah kepadaKu”, maka akal pun berpaling kepadaNya.

Kemudian Tuhan berkata : “Aku menciptakan makhluk yang hebat dan memuliakannya di atas semua makhluk ciptaanKu”.

Lalu Dia menciptakan kebodohan daripada lautan yang gelap dan asing.

Dia berkata :

“berpalinglah daripadaKu” , maka kebodohan pun berpaling.Kemudian Dia berkata :

“berpalinglah kepadaKu” , tetapi kebodohan tidak berpaling kepadaNya.

“Apakah kamu berlagak sombong?” , lalu Tuhan mengutuk kebodohan.

Maka Tuhan memilih 50 pahlawan bagi akal. Ketika kebodohan melihat betapa Tuhan memuliakan akal dan apa yang diberikanNya pada akal, kebodohan memendam permusuhan dalam diam-diam.

Kebodohan berkata : “Wahai Tuhan, akal adalah makhluk seperti aku. Engkau menciptanya ,memuliakannya, dan memberinya kekuatan, sedangkan aku tidak mendapat itu semua dan aku tidak mempunyai kekuatan bagi melawannya.Berikan padaku para pahlawan seperti yang Engkau berikan pada akal”

Maka Tuhan berkata : “Ya,dan jika kamu tidak mematuhiKu selepas ini, Aku bakal mengirim pasukan-pasukanmu jauh daripadaKu dan daripada belas kasihanKu”. Kebodohan berkata : “Aku puas” , maka Tuhan pun memberikannya 75 pahlawan .


*Makam Imam Al-Ghazali


Menurut Imam Jaafar As-Sadiq, kesombongan adalah merupakan satu daripada 75 pahlawan kebodohan!

Mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Mas’ud RA , Nabi saw bersabda :

“Tiga perkara menjadi akar semua dosa. Jagalah dirimu dan berwaspadalah. Berwaspadalah terhadap kesombongan, kerana ia menjadikan Iblis ingkar daripada sujud kepada Adam. Berwaspadalah pada kerakusan, kerana ia menyebabkan Adam memakan buah terlarang.Jagalah diri kamu daripada perasaan dengki, kerana perasaan dengki membuat anak Adam membunuh saudaranya”




No comments:

Post a Comment