Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara perlu diajar.
'Antara cakap dan bikin mesti selari....' |
Perbuatan bodoh dan tak berfaedahnya itu telah diambil tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengikut saluran undang-undang antarabangsa dan undang-undang sedia ada negara.
Elok sangatlan warganegara yang kurang hajar itu diajar secukupnya demi menjaga nama baik agama, bangsa dan Isnstirusi Raja-raja yang menjadi maruah orang Melayu bernegara bangsa.
Mereka yang kurang hajar mesti diajar. Jika gagal bertindak ke atas mereka, maruah bangsa Melayu di negara ini akan terjejas teruk dan tidak akan dihormati lagi. Kalau dah bangsa sendiri hormatkan rajanya, apkah boleh diharap kaum imigran yang sememangnya memusuhi agama Islam dan bangsa Melayu akan berbuat demikian?
DS Rais Yatim menggalas tugas berat dalam hal ini. Sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab dan kemahiran khas dalam undang-undang, ketokohan DS Rais sangat diperlukan oleh orang Melayu dan negara Malaysia.
Kes hina Agong: 'Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara' ada di Sweden
KUALA LUMPUR 28 Sept. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong di laman web sosial melibatkan seorang individu yang dikatakan tinggal di Sweden.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran "Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara".
Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita di sini hari ini.
"Maklumat mengenai keluarganya sudah diperoleh dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu," katanya sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa.
Menteri itu berkata, oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana "berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa".
Bagaimanapun, Rais berkata, SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberi isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kes itu.
Menurutnya, individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air.
Rais menegaskan tindakan menghasut, memperkecilkan agama atau menghina raja adalah kesalahan besar.
Menteri itu berkata, beliau telah memaklumkan perkembangan kes itu kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka telah menzahirkan pandangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Jemaah Menteri.
- BERNAM/UtusanOnline
Read more: http://sa-melayu.blogspot.com/2011/09/si-kurang-hajar-perlu-diajar.html#ixzz1ZJ2NNg9J
No comments:
Post a Comment