Tuesday, September 27, 2011

Di manakah Haluan Melayu ?


 "A Tip of Iceberg"

"A small evident part or aspect of something largely hidden"
"Sebagai rakyat negara ini, saya memang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Sabu yang memperlekehkan pengorbanan anggota polis dalam peristiwa serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong....."Kenyataan itu membuatkan saya tidak boleh bertahan lagi dan tidak teragak-agak untuk keluar daripada Pas dan menjadi ahli UMNO,"-Ismail Abdullah, 60-Mantan PAS Padang Terap. "Dalam tempoh itu pula, ada usaha di kalangan pemimpin mereka untuk mengubah sejarah negara termasuk mengangkat Muhamad Indera iaitu lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai wira...."Ini yang menyebabkan ramai ahli Pas tidak teragak-agak keluar dari parti itu. Mereka juga telah menyedari hanya UMNO terbukti sebagai parti yang boleh diharap untuk memperjuangkan hala tuju bangsa dan agama dari dulu hingga sekarang,"
Sejak bersama-sama dalam Pakatan Pembangkang, PAS telah banyak berubah. Berubah dari memperjuangkan "Sistem Pentabiran Islam dan Negara Islam ke mempergunakan dan memperalatkan Islam untuk mendapatkan kuasa ke Putrajaya"

Dalam perjalanan menuju ke Puterajaya ini, semakin hari PAS semakin berubah dan berubah, Pemimpin PAS semakin mempertahankan banyak perkara yang tidak sama sekali boleh ditoleransi. Dalam banyak perkara, pemimpin PAS menjadi kaku dan ultra liberal terutama bila berdepan dengan keinginan DAP. Pemimpin PAS sanggup menentang organisasi Islam demi menyirami kesuburan DAP.

Isu beer, isu Video Sex Panas China doll dan Omega, Isu memurtadkan umat Islam dan Isu Kemerdekaan yang dikaitkan dengan Tragedi Bukit Kepung' hanyalah "tips of Iceberg". Perkara-perkara yang nyata di hadapan mata pemimpin PAS cuba untuk dinafikan dan perkecilkan walaupun hakikatnya persoalan ini BESAR DAN BERAT. Perkara ini telah banyak membuakkan kebencian rakyat termasuklah mereka yang pernah menyokong PAS dan ahli-ahli PAS.

Kepimpinan PAS sudah berubah menjadi ultra liberal yang bercanggah dengan kemahuan dan ideologi PAS asal. PAS perlu meneliti buka semata-mata isu berkait dengan "journey to Putrajaya". Ikut rakyat dan pengundi hendaklah diberi perhatian.

Tindakan ahli-ahli PAS Pulau Pinang meninggalkan PAS dulu semasa lawatan PM ke Pulau Pinang dan terakhir ..Ahli Pas masuk UMNO isu Bukit Kepong hanyalah "tips of iceberg". Kepimpinan PAS tidak perlu alpa kerana DAP "sparking the fire" menyokong mereka..DAP bukanlah rakan sejati PAS.

Perkara-perkara yang disebutkan di atas hanyalah tip of iceberg. Silent protes di kalangan rakyat termasuk mereka yang pernah menyokong PAS dan ahli-ahli PAS lebih mengancam dan menghalang perjalanan PAS ke Putrajaya.


Sewaktu sidang media bersama mengenai isu hudud antara tiga Setiausaha Agung parti masing-masingnya Anthony Loke daripada DAP, Datuk Mustafa Ali daripada PAS dan Saifuddin Nasution daripada PKR, ada satu perkara yang saya rasa wajar untuk kita beri perhatian iaitu berkenaan dengan pengiktirafan secara terbuka oleh Setiusaha Agung PKR Saifuddin Nasution tentang kekuatan UMNO serta Barisan Nasional yang semakin nyata dan memang tidak boleh dipandang ringan lagi oleh semua pemimpin dalam Pakatan Haram.

Dalam isu hudud yang semakin hangat sekarang ini, tanpa berselindung Saifuddin terus menuduh itu semua kerja UMNO dan Barisan Nasional. Macam dululah juga, jika timbul saja sebarang isu yang dirasakan boleh merugikan Pakatan , pasti UMNO dan Barisan Nasional yang dipersalahkan.

Begitu jugalah dalam isu hudud yang menyaksikan pertikaman lidah sengit berlaku antara Karpal Singh dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat, tanpa tengok cermin, tanpa terlebih dulu pandang ke kiri, ke kanan, ke atas serta ke bawah, terus saja Saifuddin tuduh UMNO, BN, RTM, TV3 dan Utusan Malaysia yang punya angkara sehingga berlakunya perbalahan besar antara PAS dengan DAP sehingga sekarang.



Alhamdulillah isu ini terbongkar awal sebelum pertalian lebih erat berlaku, sebelum bangsa Melayu dan Islam menjadi mangsa akibat kerakusan kuasa dalam menawan Putrajaya. Bagi pejuangmelaka jalankanlah HUDUD dan amat menyokong perlaksanaan Hukum Allah yang termaktub dalam Al-Quran. Jangan mempolitikkan Isu Hudud demi menarik pengundi Melayu dengan mempermainkan Hukum Islam sebagai wadah politik serta ikhlas dalam perjuangan. Selagi PAS dan DAP bersatu pandangan ikhlas bagiku kerajaan Islam dan Hudud pasti tidak akan dapat di laksanakan hingga hari kiamat.







Salam Perjuangan

No comments:

Post a Comment