Selesai Menghadiri Mesyuarat GPMS Melaka.
Alhamdulillah selesai mesyuarat anjuran GPMS Melaka bersama saudara pengerusi Mohd Marwan Abu Kasim , Erdzuan Jamaluddin dan sahabat-sahabat yang lain. Terima kasih atas jemputan kalian dan beberapa idea yang bernas khususnya untuk membantu dalam memperjuangkan hak mereka sebagai pelajar di samping bantuan-bantuan yang akan di beri khasnya pada bangsa Melayu.. Sebagai NGO di bawah kerajaan saya merasa sangat bangga dengan langkah yang akan di ambil untuk memantau dan membantu memenuhi keperluan pelajar Melayu . Di antaranya adalah mewujudkan satu biro pengaduan atau sekretariat yang membantu anak-anak Melayu melanjutkan pelajaran di tempat yang lebih tinggi untuk lepasan STPM atau SPM yang tiada tempat di IPTA atau IPTS. Rujuk Di Sini
Adakah kita sudah ada jawatankuasa yang sebegini bagi membantu anak-anak kita atau sekurang-kurangnya ada tempat orang Melayu untuk mengadu?
Rujuk : Sini
Salam Perjuangan
No comments:
Post a Comment