Ungkapan menyatakan rakyat di Negara ini telah matang dan mampu untuk membezakan antara baik dan buruk, rasanya belum tiba masanya.
Adakah pemansuhan ISA akan mematangkan rakyat Negara ini apabila diberikan kebebasan sebenarnya hanya untuk golongan `opportunist’ sahaja yang tidak lain dan tidak bukan ialah pemimpin DAP serta penyokong `chauvinist’nya .Dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini, saya ada mengatakan orang Melayu berpecah kepada enam golongan. Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR, Melayu DAP, Melayu Liberal dan Melayu Atas Pagar.
Antara buktinya (bermakna banyaklah bukti lain), lagu lama yang didendangkan oleh PAS untuk melaksanakan hukum Hudud dengan secara sengaja menyalahkan Barisan Nasional sebagai kambing hitam untuk menutup kelemahan mereka, seolah-oleh telah dirancang untuk menutup isu Mat Sabu dan isu murtad yang menjadi kemarahan umat Islam dan orang Melayu. Saya setuju perlaksanaannya kerana menegakkan Undang-Undang ALLAH tetapi jangan jadikannya sebagai senjata bagi meraih kepentingan politik. Kita sudah cukup berpecah-belah.Laksanakanlah di Kelantan dan InsyaALLAH saya mendoakan kejayaannya.
Walaupun Melayu berpecah, namun ada lagi suara-suara segelintir yang amat sayangkan bangsa. Seorang sahabat umpamanya, menghantar SMS semasa tulisan ini ditulis berbunyi: “Tolong tulis...BN jangan lagi bagi kawasan majoriti Melayu kepada wakil MCA, Gerakan dalam PRU akan datang... cukup sudah pengorbanan UMNO yang dibalas dengan tuba. MCA dan Gerakan WAJIB akur kerana kalau mereka kalah dengan DAP, wakil mereka tak perlu dilantik dalam kerajaan...”
Tidak semena-mena Musyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tiba-tiba membuat kenyataan untuk melaksanakan hukum hudud, sedangkan muktamar PAS yang lalu telah menolak agenda kewujudan Negara Islam sebaliknya memperjuangkan Negara Kebajikan pula.
Aneh. Kenyataan ini dibuat ketika rakyat membuak-buak melahirkan kemarahan terhadap Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu dan isu murtad di DUMC.
Teringat akan sejarah kejatuhan empayar Islam Melayu Melaka pada 1511. Antara puncanya disebabkan perbalahan orang Melayu serta sikap tidak menghormati pemerintah serta rakus untuk berkuasa yang akhirnya, sejarah kegemilangan Melayu berakhir dengan serangan tentera kristian Portugis.
Apa yang jadi kepada orang Melayu ketika itu? Bangsa yang gah dengan ketamadunan serta pusat pengembangan Islam di rantau nusantara akhirnya mengemis di tanah air sendiri.
Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang menganggap sejarah Negara sekarang tidak benar kerana taksubnya untuk menjustifikasikan perbuatan terlampau, yang mana Mat Sabu menganggap pengganas komunis sebagai `hero’ dan anggota polis serta ahli keluarga mereka yang dibunuh secara kejam sebagai mereka yang dihalalkan untuk dibunuh!
MasyaAllah! Berbalik kepada sejarah Melaka. Ekoran persengketaan sesama Melayu akhirnya yang mengaut peninggalan hasil kekayaan orang Melayu ialah bukan Melayu iaitu pendatang Cina yang bersekongkol dengan Portugis.
Buktinya, pendatang Cina ini menjadi kaya raya dan diwariskan kepada generasinya sekarang.
Mungkinkan orang Melayu yang harta mereka dirampas menuntut semula harta mereka terutama kepada pendatang Cina yang kini warisnya diberikan taraf kewarganegaraan? Kalau nak cerita, panjang lebar. Tapi jika membaca peperangan Lukut di Negeri Sembilan di mana Tengku Bungsu di penggal kepalanya oleh kongsi gelap Cina dan anak serta isterinya di bakar di dalam rumah, seolah-olah mengulangi apa yang dilakukan oleh komunis ketika menyerang balas Polis Bukit Kepong.
Jika tak keterlaluan, perpecahan orang Melayu yang didalangi oleh tangan-tangan ghaib DAP dengan di bantu oleh orang-orang Melayu yang lupa daratan, tidak mustahil sejarah Melaka, Lukut dan Bukit Kepong berulang kembali.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pernah menyuarakan hasratnya untuk melakukan referendum bagi memberikan Pulau Pinang kuasa autonomi. Yang menentang hanya Melayu di luar pakatan haram. Melayu di dalam pakatan termasuk PAS yang kononnya memperjuangkan nasib bangsa dan agama Islam, menikus tidak berkata apa-apa. PKR tak payahlah nak cakap. Tak ada pendirian macam penasihatnya yang berfungsi sebagai punahsihat.
Itulah, sekiranya rakyat di negara ini matang, maka satu teguran secara ikhlas perlu dilontarkan kepada Tok Guru Nik Aziz atau mana-mana pemimpin PAS yang lain supaya cukup-cukuplah dengan retorik tersebut. Janganlah memecahbelahkan orang Melayu sahaja kerjanya!..
Janganlah jadi kuda tunggangan DAP yang kini berada dalam keadaan selesa, selepas kes Teoh Beng Hock yang mendedahkan salah laku pemimpin DAP `disenyapkan’. Parti yang memperjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ atau kesamarataan kini sedang mengatur strategi bersama ‘seekor’ lagi kuda tunggang mereka, PKR, untuk memujuk orang Melayu yang tidak selesa dengan PAS dan UMNO menjadi ahli DAP.
Apa kata, DAP, PKR dan PAS membubarkan parti masing-masing dan membentuk parti baru. Barulah mereka berada di dalam aliran yang sama.
Tak akan berlaku dalam masa yang singkat ini.
pejuangmelaka- Bersatulah bangsaku !
Salam Perjuangan
No comments:
Post a Comment