Tuesday, September 27, 2011

Pemuda BN buat laporan projek SPICE


Pemuda BN buat laporan SPRM berhubung projek SPICE



Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat perjanjian projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Bawah Tanah Pulau Pinang (SPICE) di Relau yang didakwa merugikan rakyat.


Pengerusinya, Oh Tong Keong berkata, rakyat negeri ini berhak mengetahui maklumat tepat berhubung perjanjian itu yang didakwa hanya menguntungkan pihak pemaju.


“Jika benar terdapat skandal dalam perjanjian berkenaan, ia wajar dihentikan supaya tidak berlaku penyelewengan wang rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan laporan itu kepada SPRM di sini hari ini.
Tong Keong berkata, Pemuda BN telah memulakan kempen mengumpul tandatangan daripada orang ramai bagi membantah perjanjian pembinaan projek itu.


Laporan akhbar hari ini melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan meminta SPRM menyiasat pembinaan SPICE di tapak Pusat Arena Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) yang didakwa hanya memberi kelebihan dan keistimewaan kepada pemaju iaitu, Eco Meridian Sdn Bhd.


SPICE yang menelan kos sebanyak RM300 juta akan dibina di atas tapak PISA termasuk membaik pulih dan menaik taraf PISA serta Pusat Akuatik.

No comments:

Post a Comment