Sunday, September 18, 2011

PUNCA UTAMA KENAPA HARGA BARANG NAIK


PUNCA UTAMA KENAPA HARGA BARANG NAIK…




Salam semua ®…
Penulis amat dukacita yang amat sangat bila ada orang seperti Tan Sri William Cheng yang juga merupakan CEO kepada The Lion Group boleh meragui usaha murni kerajaan mewujudkan Kedai Rakyat 1 Malaysia. Penulis rasa hairan kenapa hanya sekarang beliau ingin mengambil tahu hal-hal tentang penjualan harga patut?
Di tengah orang ramai serta kerajaan bersusah-payah memikirkan cara untuk menangani masalah kenaikan harga barang yang makin meningkat, Di manakah suara Tan Sri William Cheng ketika itu? Bukan setakat hendak mendengar keluh kesah orang ramai, bayang beliau sendiripun tidak nampak. Sebab apa? Mungkin ketika itu para peniaga-peniaga runcit di bawah naungannya sedang nyenyak tidur dan tidak perlu mengeluh kerana mereka telah mendapat untung yang lumayan sejak sekian lama.
Kalau beliau jujur, beliau sepatutnya dari awal lagi bersama-sama dengan peniaga-peniaga runcit di bawah naungannya membantu kerajaan mencari jalan bagi mengatasi kenaikan harga barang yang tidak munasabah serta membebankan orang ramai.
Nampak sangat ada yang tidak kena di sini. Ikuti laporan berita seperti yang disiarkan oleh Utusan Malaysia.      
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengecam kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif The Lion Group, Tan Sri William Cheng yang mempertikai kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia.

Presiden Dewan Ekonomi Sosial Muslim Malaysia (DESMMA), Mohd. Fazil Abdullah berkata, tindakan Cheng hanya menunjukkan sikap pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan objektif penubuhan kedai tersebut.

"Beliau perlu ingat bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah di negara ini.

"Jadi, jangan hanya pertikai kononnya peniaga-peniaga runcit di bawah naungan Gabungan Dewan Perniagaan Perindustrian Cina (ACCIM) sahaja terjejas," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Cheng yang berkata, kerajaan perlu berlaku adil dengan membekalkan produk harga patut yang sama kepada 30,000 kedai runcit sedia ada.

Ini kerana menurut William, Kedai Rakyat 1Malaysia yang menawarkan 250 jenis barang runcit dan dipasarkan di bawah harga pasaran semasa menjejaskan perniagaan runcit yang lain.

Tambah Mohd. Fazil, selama ini tiada pihak yang mempertikai harga jualan di kedai-kedai runcit di bawah naungan ACCIM.

"Apa salahnya kita sama-sama membantu rakyat berpendapatan rendah di negara ini untuk menikmati harga barang yang murah di kedai runcit. Dengan itu barulah nampak semangat 1Malaysia dan semangat patriotik semua kaum di negara ini tanpa mementingkan diri," katanya.

Rujukan : Sini 


No comments:

Post a Comment