Sunday, September 25, 2011

APAKAH SUMBANGAN KITA KEPADA ISLAM?


APAKAH SUMBANGAN KEPADA ISLAM???




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

“Wahai orang orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah
dengan sebenar benar taqwa kepadaNya,
dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Islam” {3-102}

Tajuk berbentuk persoalan diatas sangat kerap diajukan sebagai mahu membuktikan diri sebagai individu Islam. Sebagai seorang manusia yang mengaku beragama mungkin sudah berbagai kerja dan hasilnya telah diperolehi bagi hal hal lain, maka pertanyaan ini mendatang didalam kotak fikiran sendiri mahu pun ditimbulkan oleh orang lain untuk berbuat sesuatu terhadap agamanya pula. Atas nama untuk sumbangan terhadap agama, pelbagai program dianjurkan seperti konsert amal, musabaqah, tilawah, kutipan derma, jualan meja makan malam, pameran, tv/radio Islam, nyanyian lagu ketuhanan, nasyid, pentomin, lakonan drama, peragaan busana Muslim, perarakan raksasa, iklan, slogan, sepanduk, pertandingan, anugerah, jogathon, pesta dan sebagainya. Hari hari kebesaran Islam pula disambut secara besar besaran dan diadakan aktiviti khas, termasuk cuti umum bagi rakyat keseluruhanya. 

Akhirnya timbul rasa bangga dan megah sehinggakan membuat perisytiharan paling Islamik didunia kerana telah berbuat sesuatu kepada Islam. Demikianlah disangkakan sebagai sumbangan kepada agama, malahan dikatakan pula sebagai amal ibadat untuk mendapat pahala dari Tuhan bagi agama yang mereka sendiri mengagamakan. Sebenarnya manusia tersilap lantaran ego dan bodoh sombongnya apabila persoalan tajuk diatas cuba dijawab dengan berbuat berbagai tindakan tertentu mengikut akal fikir dan rasa rasa didalam hatinya semata bagi membuktikan keagamaan mereka! 

“Katakanlah : Mahukah Kami khabarkan kepada mu tentang
orang orang yang amat merugu perbuatanya?
(Iaitu) Orang orang yang telah sesat perbuatanya sewaktu hidup didunia, sedang mereka mengira bahawa mereka mengerjakan pekerjaan itu
sebaik baiknya” {18:103-104}

“INNADDINA'INDALLAHHILISLAM -
Sesungguhnya agama disisi Allah ialah Islam “

Sesungguhnya Islam itu adalah yang dari sisi Allah SWT, agama syumul yang tidak terdapat sedikit kekurangan mahu pun sebarang kelemahan sehingga memerlukan sumbangan dari manusia untuk menjaga dan memeliharanya. Sebaliknya agama itu adalah penyumbang sebagai jaminan kepada manusia itu berada dibawah penjagaan dan pemeliharaan Tuhan, agar beroleh keselamatan dan kesejahteraan didunia hingga diakhirat. Jika sebagai penjaga hanyalah Allah SWT yang Maha Pelindung lagi Maha Pemelihara. Jelasnya, persoalan sebenar yang perlu menerjah didalam kotak fikir manusia ‘apakah diri sudah menerima sumbangan Islam? atau sudahkah manfaat agama itu diperolehi? Sewajarnya persoalan tersebut hendaklah ditanyakan kepada diri masing masing! 

Wahai manusia! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah mati didalam Islam dengan terlebih dahulu hendaklah hidup didalam Islam. Kehidupan seseorang yang bertaqwa kepada Allah SWT ialah dengan menepati tuntutan Islam, maka yang sedemikian itulah apabila matinya kelak adalah didalam Islam. Sukar untuk menjawab persoalan itu, namun sesungguhnya Allah SWT yang Maha Pencipta itu Maha Bijaksana lagi Maha Teliti penciptaanNya telah menggariskan tuntunan sebagai petunjukNya dengan menurunkan al Quran nulKareem kepada manusia keseluruhanya. Allah SWT menjanjikan keselamatan dan kesejahteraan didunia hingga akhirat sebagai rahmat kepada hambaNya yang tunduk patuh kepada agama melalui suruhan dan larangan Tuhan dengan al Quran. 
Kitab (al Quran) ini tidak ada keraguan padanya,
petunjuk bagi mereka yang bertaqwa” {2:2}
“Sesungguhnya telah Kami datangkan Kitab kepada mereka,
serta kami terangkan didalamnya dengan ilmu Kami,
menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman" {7:52}

Demikianlah yang sebenarnya Allah SWT menjadikan agama Islam itu dengan menjanjikan sumbangan dan manfaat terbaik kepada manusia melalui ketaatan dan kepatuhan kepada KalamNya didalam kehidupan sehingga kematiannya dan bakal beroleh lebih keberuntungan dan kemenangan yang sangat besar pada kehidupan diakhirat kelak. Sewajarnya manusia itu berhenti berkhayal dan bersangka sangka bahawa dia telah berbuat pelbagai perkara bagi tujuan untuk menjaga keutuhan Islam diatas muka bumi ini. Sepatutnya manusia itu kembali kepada mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan Tuhan melalui Kalamullah Kitabullah. Hanyalah manusia yang menjadikan al Quran sebagai panduan dan ikutan akan memperolehi manfaat agama yang sangat sempurna ini!

Sesungguhnya setiap manusia yang berbuat kebaikan dan kebajikan yang diperintahkan oleh Allah SWT adalah untuk dirinya sendiri dan sebegitu jugalah sebaliknya yang berupakan sebarang pekerjaan kemaksiatan dan kemungkaran. Samada baik atau jahat, sesungguhnya tidak sedikit pun akan menambah baiknya atau mengurangkan kemuliaan agama Islam yang dari sisi Tuhan itu, manakala bagi segala keKuasaan, keKayaan dan KeAgungan Allah SWT itu, sekelumit mana pun tidak mengharapkan sumbangan dari makhluk ciptaanNya.

“Kalau Kami perlukan kepada mereka: Korbankanlah diri mu atau
keluarlah kamu dari negeri mu, nescaya tiada mereka memperbuatkanya, kecuali sedikit diantara mereka.
Kalau mereka memperbuat
apa apa yang diajarkan kepada mereka,
adalah demikian itu lebih baik bagi mereka
dan lebih sangat menetapkan (kepercayaanya).
Dan ketika itu Kami berikan kepada mereka pahala yang besar dari sisi Kami” {4:66-67}

Kebanyakan manusia itu kufur kepada Allah SWT bila mana Kalam kalam Tuhan itu tidak diendah dan tidak dipedulikan. Mereka tidak mahu keluar dari kotak pemikiran yang sempit melainkan mengada adakan iman dan taqwa didalam dada dengan berbuat perkara yang direkayasa olehnya. Jika pun membaca al Quran hanyalah sekadar dengan kelunakan dan kemerduan suara semata, maka sudah tentu tiada manfaat kepadanya jika tanpa memahaminya melainkan yang mendengarkanya tertidur mulut ternganga. Sesungguhnya sedikit manusia yang menerima Ayat ayat Tuhan untuk kebaikan baginya dengan memahaminya, malahan akan bertambah kukuh iman dan ketaqwaanya kepada Tuhan. Allah SWT menjanjikan keberuntungan yang besar dan kemuliaan

Allah SWT telah menggarapkan melalui WahyuNya berkenaan agama itu yang sebenarnya. Melalui KalamNya, Allah SWT menunjuki jalan yang benar lagi lurus kepada hambaNya yang beriman dengan KalamNya untuk kembali menemuiNya kelak. Maka barangsiapa yang mengikuti jalan Tuhan tersebut pasti bertemu denganNya. Hanya dengan mengikuti panduan KalamNya tentulah akan menemui yang Empunya Kalam. Paling tidaknya lima waktu sehari semalam manusia bersholat memohon kepada Tuhan agar ditunjuki jalan yang lurus namun Kalam Tuhan yang dibacanya tidak difahaminya sedangkan jalan yang lurus itu sudah dibentangkan oleh Allah SWT tidak dapat dilihatnya {1:6}Manusia itu terus berada didalam kegelisahan dan resah sehingga merekayasa pelbagai kerja kerja yang sebenarnya tiada membawa manfaat kepadanya dan manusia keseluruhanya. Sesungguhnya yang sedemikian adalah berada diatas jalan yang sesat, yang tidak memungkinkan untuk bertemu Tuhan.

“Dan Kami tunjuki mereka jalan yang lurus.
Barangsiapa mentaati Allah dan Rasul,
maka mereka itu bersama orang orang yang diberikan Allah nikmat
kepada mereka, iaitu Nabi nabi, orang orang yang benar,
orang orang yang shahid dan orang yang soleh.
Alangkah baiknya berteman dengan mereka itu” {4:68-69)

Sungguhlah manusia itu buta matanya dan pekak telinganya, malahan hati sanubarinya turut mati, sehingga apabila datang seorang dari kalangan mereka yang membaca dan menyampaikan Kalam Tuhan bersama keterangan dalil mereka menolak dan menentang. Sesungguhnya manusia itu tidak mampu untuk mentaati Allah SWT dan RasulNya dengan sekadar beramal ikut ikutan dari peninggalan nenek moyang tanpa dalil keterangan daripada Kalam Tuhan yang dibacakan. Semua manusia menyebut bahawa Tuhan itu Allah namun tidak berlandaskan dalil keterangan Kalam Tuhan kerana al Quran tidak berada didalam dadanya. Allah SWT memerintahkan berpesan dan berwasiatkan dengan KalamNya sebagai penyambung perutusan dariNya tanpa berhenti sehingga kehari kiamat walau pun Nabi Muhammad SAW telah wafat{103:1-3}.

“Apa hairankah kamu, kerana datang kepada mu
peringatan dari Tuhan mu (dibawa) oleh seorang lelaki diantara kamu
supaya ia memberikan peringatan kepada mu
dan supaya kamu bertakwa dan
mudah mudahan kamu mendapat rahmat” {7:63}

Allah SWT akan mendatangkan seorang UtusanNya dari kalangan manusia untuk menyeru dan mengajak manusia kembali kepada Allah dan RasulNya dengan hanya membaca dan menyampaikan Kalam Tuhan. Sesiapa yang mentaati maka menyampailah ketaatan itu kepada Allah dan Rasul. Sesungguhnya kurniaan nikmat yang paling besar daripada Allah SWT adalah al Quran nulKareem dan mereka yang menjadikan Kalam Tuhan sebagai tuntunan kehidupan maka mereka itulah orang orang yang telah diberikan nikmat. Barangsiapa yang menerima al Quran maka sesungguhnya bersamalah mereka dengan Nabi nabi, orang orang yang benar, orang orang yang shahid dan orang yang soleh, maka mereka yang menolak al Quran itu dimurkai Tuhan dan berada didalam kesesatan {1:7}.

“Orang orang kafir itu di halaukan ke dalam neraka dengan berbondong bondong, apabila tiba, di bukakan pintu pintunya maka berkata Malaikat penjaga neraka : Tiadakah datang kepada mu Utusan utusan dari kalangan mu yang membacakan Ayat ayat Tuhan mu kepada mu dan memberikan peringatan kepada mu? Sahut mereka : Ya! Tetapi tetaplah siksaan terhadap orang orang yang kafir” {40:71} Sila rujuk juga QS 67:7-11.

Sesungguhnya manusia itu berakal tetapi tidak mahu memikirkan untuk mendapat pelajaran sebagai pengajaran dari Tuhan! Apabila dibaca dan disampaikan Kalam Tuhan kepada mereka, kebanyakan manusia akan menolak dan menentang malahan memerangi. Bagi mereka tidak ada Utusan dikalangan manusia dan al Quran itu hanyalah naskah buku yang mengandungi cerita orang dahulu yang dinyanyikan sebagai penglipur lara. Benar, Nabi Muhammad SAW adalah RasulNya yang terakhir menerima Wahyu dan tidak ada lagi agama baru, namun Kalam Tuhan wajib dikumandangkan diatas dunia ini sehingga akhir zaman. Bagi mereka yang tidak tidak berkesempatan berjumpa Baginda walau hidup sezaman dan bagi yang hidup selepas kewafatan, wajarlah mereka menjawab ‘TIDAK!’ apabila ditanya oleh penjaga neraka kelak. Pasti mereka akan dihumbankan juga kedalam neraka kerana sesungguhnya telah berada dikalangan manusia sekarang ini membaca dan menyampaikan Kalam Tuhan tetapi mereka menolak dan menentang sewaktu hidupnya didunia.

Sesungguhnya al Quran nikmat itu adalah khabar gembira kepada yang beriman dan satu peringatan takut kepada yang engkar. Orang orang yang beriman itu memikirkan dengan akalnya akan Kalam Tuhan untuk mendapat pelajaran sebagai pengajaran dari Tuhan, namun mereka yang engkar berakal akal dengan fikiranya walau pun yang disampaikan adalah Ayat ayat Tuhan, al Quran nulKareem. Sehubungan itu, perhatikan persoalan .....

“Qulyaa aiyuhan nasu in namaa ana lakum nadzirum mubin”

No comments:

Post a Comment