Tuesday, September 27, 2011

Syawal Semakin Melangkah Pergi..

Kenangan Jamuan Hari Raya aka Open House
bersama TYT Melaka dan GPMS Melaka


          







                     Ahli Keluarga mengambil gambar kenangan bersama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil b. Yaakob semasa rumah terbuka di Ozana.
                Terima kasih juga kepada GPMS Melaka kerana memberi jemputan pejuangmelaka bagi memeriahkan majlis. Program GPMS terbaik!
      Tidak lupa juga kepada mereka yang sudi menghulurkan sumbangan dan hadir bagi memeriahkan di Majlis GPMS Melaka.
InsyaALLAH jika ada gambar kenangan akan di abadikan lagi dalam blog ini. Minta maaf juga kepada sahabat yang menjemput pejuangmelaka ke majlis rumah terbuka tetapi tidak berkesempatan menghadirikan diri ini kerana masa yang mencemburui. Saya mendoakan kebahagiaan pada sahabat-sahabatku di mana saja berada. Salam ukhwah sahabatku.


Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan.



Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
menjadi kenangan sepanjang zaman



Buah selasih buah kelubi
di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi.



Salam Perjuangan

No comments:

Post a Comment