Friday, September 30, 2011

Guan Eng Tidak Mengaku ?


Guan Eng Tidak Mengaku ? 




Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak mengaku atau menafikan hari ini bahawa beliau membuat kenyataan memburukkan Johor berhubung kadar jenayah di negeri itu, semasa lawatan kerja ke Singapura baru-baru ini.

Lim berhati-hati dan dengan sopan meminta seorang wartawan TV3 meninggalkan bilik sebelum menyentuh isu itu dalam satu sidang akhbar di pejabatnya.



Beliau juga meminta apa-apa rakaman video kenyataannya, tidak diedarkan kepada stesen-stesen TV berkaitan kerajaan, kerana bimbang kandungannya akan "diputarbelit".

"Saya tidak mahu kenyataan saya mengenai perkara itu akan diputerbelitkan kerana ia pernah berlaku sebelum ini," kata Lim.

Lim yang juga setiausaha agung DAP kemudiannya menjelaskan bahawa beliau menghadiri satu ceramah majlis makan tengah hari tertutup dengan kira-kira 20 wartawan asing di republik itu, dan selepas itu salinan ucapannya telah diedarkan.


Ucapan yang disediakan itu, katanya, tidak menyebut apa-apa tentang Johor atau mengenai kadar jenayah di negeri itu.




Ditanya mengenai rakaman audio yang disiarkan Buletin Utama di TV3 - yang mendedahkan beliau memburukkan Johor berhubung kadar jenayahnya, semasa majlis pada 12 Ogos itu, Lim berkata beliau perlu menyemak konteks kenyataan itu dibuat.

"Jika saya telah membuat kenyataan itu, mari kita lihat konteks ianya dibuat ... ia adalah perbualan tertutup," katanya.

Lim berkata, perkara itu ditimbulkan semasa beliau berada di Surabaya, dan beliau telah mengeluarkan satu kenyataan melalui setiausaha akhbarnya, Wong Kim Fei, dengan menyatakan bahawa beliau tidak berhasrat "untuk bermain atau menari mengikut rentak media yang dikawal BN".

pejuangmelaka- Dah ada bukti masih tidak mengaku. Mungkin tiada 4 orang saksi untuk di sabitkan kesalahan.

Salam Perjuangan

No comments:

Post a Comment