PESTA BIKINI DI PANGKOR.INI JAWAPANNYA!
Merujuk kepada satu artikel di dalam Perak Today bertarikh 17 September 2011 berkenaan pertandingan Miss Bikini sebagai salah satu acara yang akan diadakan bagi program Full Moon Beach Party di Pangkor Island Beach Resort.
Pihak pengurusan hotel ingin menjelaskan perkara tersebut seperti berikut:
• “Miss Bikini World Hawaii” adalah logo bagi acara tersebut dan ia tidak melibatkan sebarang pertandingan atau persaingan.
• Acara tersebut adalah promosi/pra-pelancaran produk “beachwear” daripada dua buah syarikat pereka fesyen terkenal serta mempunyai beberapa kedai di Malaysia dan pernah mendapat liputan dari beberapa majalah fesyen.
• Model terlibat adalah peragawati/peragawan profesional dari luar negara.
• Acara ini hanya sebahagian daripada program Full Moon Beach Party.
• Akan dipastikan acara ini tidak akan melampaui batas budaya timur.
• Acara yang sama yang dianjurkan pada tahun 2010 telah mendapat liputan dari media tempatan serta menerima komen yang baik.
• Pihak penganjur tidak berniat untuk menyinggung perasaan atau menyentuh sensitiviti budaya Malaysia.
• Tujuan Full Moon Beach Party ini dianjurkan juga untuk mempromosikan Pulau Pangkor serta untuk menarik lebih ramai pengunjung ke pulau ini.
• Pangkor Island Beach Resort terkenal sebagai “family friendly resort” dengan persekitaran yang bersih dan sihat serta mengamalkan sikap sopan dan menghormati budaya dan agama berlainan bangsa. Begitu juga acara ini akan diadakan berlandaskan garis panduan yang ditetapkan.
• Pihak hotel dan syarikat pengurusan acara bersedia memberi kerjasama dan akan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.
Sekian, terima kasih.
Bahagian Pengurusan Pangkor Island Beach Resort
HOUSE PK:
Pejuangmelaka-Sejauh manakah kebenaran yang diikrarkan oleh Pangkor Island Beach Resort. Apakah benar ia sekadar satu jenama dan tidak akan menyinggung sensitiviti agama, kaum atau adat istiadat di Malaysia? Apakah benar pengurusan hotel berkenaan akan memberikan kerjasama dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri? Sama-sama kita nilaikan..
No comments:
Post a Comment