Sudah Tiba masanya Kita Bersatu
Saya merasa sudah tiba masanya saya menyeru supaya kita semua bersatu.Bersatulah wahai melayu-islam!.Campakkan ketepi atau ke lembah yang curam EGO diri yang tidak berkesudahan.Carilah jalan tengah atau kesederhanaan antara ekstrem atau fanatik agama yang melampau dalam PAS dan semangat ketuanan melayu yang menebal dalam UMNO.Demi untuk menegakkan kalimah Allah yang maha suci ini dan memastikan survival Islam terus terpelihara di bumi yang tercinta ini.Ulamak dan Umarak perlu bersatu sepakat kata membina jambatan ukhwah yang telah runtuh sekian lama.Jambatan ukhwah islamiah yang bakal membangunkan Empayar Melayu Islam di Nusantara akhir zaman.
Bukankah kita semua datang dari Allah dan kepada Allah jua kita kembali,seperti
firman Allah dalam surah al baqarah:ayat 156 bermaksud : "daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali”.Mengapakah kita sanggup bersengketa sesama kita demi menegakkan prinsip dan kehendak nafsu yang penunggangnya adalah syaitan.Sudah hilangkah sifat sabar,rendah diri,tolak ansur dan kasih sayang sesama saudara seagama dalam diri kita…apa lagi untuk menaiki satu maqam ke satu makam nafsu dalam meniti perjalanan kita menuju Khaliq Yang maha Pencipta.
Usahlah kita merasa diri begitu tinggi martabat kita disisi Allah berbanding dengan orang lain yang ilmu agamanya sedikit sahaja.Mana tahu barangkali hatinya lebih taqwa dan ikhlas dari kita.Mana tahu segala amalannya walaupun sedikit tetapi istiqomah disertai dengan taqwa dan ikhlas lebih Allah redhai dari kita yang suka membuat amal dan dalam masa yang sama tidak ada keikhlasan atau dibuat dalam keadaan yang terpaksa atau sengaja menunjuk-nunjuk diri dengan segala sikap angkuh,riyak dan sombong diri di khalayak ramai untuk mencari pengaruh duniawi.
Apa salahnya si jahil bertanya kepada si alim tentang sesuatu dalam hal agama yang barangkali pada satu ketika yang lain si alim tadi akan menjadi jahil pula tentang hal hal keduniaan dan segala macam tipu muslihat dan pancarobanya.Oleh itu sebenarnya tiada istilah jahil atau alim bagi dua orang yang saling mempelajari ilmu dari salah seorang antara keduanya yang sememangnya arif dalam bidang masing-masing.Jahil dalam ertikata yang luas ialah tidak tahu atau kurang arif dalam satu satu perkara,ia amat berbeza dengan bodoh kerana si bodoh akan terus dungu dan tidak mengerti setelah diterangkan sesuatu perkara atau ilmu kepadanya berulang-ulangkali!
Inilah siasah atau politik islam yang sebenarnya dianjurkan dalam islam.Umarak perlu bergandingan dengan Ulamak untuk kebaikan rakyat.Usah mengambil contoh yang jaraknya jauh beribu batu dari tempat kita,baca semula sejarah gandingan mantap Tok Ku Paloh dan Sultan Terengganu dalam menangani musuh musuh islam.Jika kita menoleh kebelakang lagi dan menyingkap semula era kegemilangan kesultanan islam Perlak,Pasai,Samudera dan Aceh,kita akan begitu kagum dengan gandingan mantap Sultan Sultan islam dan para wali Allah.
Si alim hendaklah menasihatkan si jahil atau cuba menegur si jahil tentang apa yang tidak kena.Jika segala usaha si alim tidak di endahkan si jahil,maka ada jalan lain lagi buat si alim berikhtiar seperti solat hajat dan berdoa kepada Allah.Selepas itu serahkan segala urusan itu pada Allah.Bukan sebaliknya bila si jahil tidak mudah ditundukkan,maka jalan terakhir buat si alim ialah mengajak orang lain bersama berdoa untuk kehancuran si jahil.Bukankan dalam sejarah islam itu sendiri ada watak watak sijahil yang bila menerima sinar islam maka mereka ini telah bertukar menjadi intan antara kaca kaca yang bergemerlapan! Baca kisah saidina Umar,bukankah waktu kejahilan dulu umar pernah membunuh atau menanam hidup-hidup anak perempuannya sendiri.Khalid Al Walid pula sebelum keislamannya,berapa banyak nyawa orang islam yang terkorban oleh mata pedangnya,namun setelah masuk islam,beliau dipuji pula oleh Allah sebagai pejuang islam dan diberi gelaran Pedang Allah pula!ini hanyalah secebis dari kisah kisah dalam sejarah islam yang boleh diambil iktibar dan contoh.Apalah sangat dosa dan kesalahan orang UMNO atau PAS jika dibandingkan dengan kisah diatas?Oleh itu usah perbesar besarkan cerita,sama samalah kita mencari persefahaman dan sila buang yang keruh dan ambil yang jernih demi Islam dan bangsa melayu.
Janganlah kita asyik melihat perkara remeh temeh yang berada diluar diri kita.Tinggalkan dunia barang seketika,bertafakurlah seketika,berkacalah didalam diri,ingat Allah,pandanglah Allah pada ZatNya,pada AsmaNya,pada SifatNya ,pada Af’alNya teruskan perjalanan kerohanian kita dengan mematikan diri ,fana sifat,Af’al,asma dan zat .Fikirkan semula dari mana kita datang,apa tujuan kita datang dan kemana kita akan dikembalikan.Maka kita buatlah kesimpulan yang terbaik samada kita mahukan pengakhiran hidup ini dengan Husnul Khatimah kah atau Su ul khatimah?
Oleh itu usahlah saling menuding jari mencari kesalahan orang lain,tetapi beristikharahlah dan bermusyawwarah lah untuk mencari jalan penyelesaiannya.Jika itu yang kita niatkan ,insyaAllah Tuhan akan memberikan kita jalan penyelesaiannya.Sekiranya kita berpuas hati dengan usaha kita itu…maka selebihnya…serahlah pada Allah SWT .kerana Hanya Dia Yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang nyata dan yang tersembunyi!semuanya dalam Qudrat dan Iradah Allah yang terkumpul kesemuanya dalam Ilmullah!
Janganlah pula Si alim menjadi kata pemutus kepada persoalan yang masih samar dan belum pasti kebenarannya,atau mengajak seluruh umat islam mendoakan pula kemenangan kepada pengkhianat atau musuh sebenar islam.
pejuangmelaka-Semoga kita semua dijauhkan Allah dari Fitnah Dajjal.Janganlah mata dan akal kita dikaburi oleh Dajjal mata satu yang sentiasa berkata yang kita sentiasa menang biarpun dalam kepalsuan!
No comments:
Post a Comment