Friday, September 23, 2011

Kelonggaran Perlaksanaan Hudud Di Kelantan


Berilah keizinan pada Kelantan









Pagi Jumaat ini suka tak suka perhatian kita tertarik oleh satu isu yang hangat dipermainkan di dada-dada akhbar media perdana.
 The Star umpamanya membawa tajuk: “Hudud feud” manakala Berita Harian pula: “DAP boleh keluar”

Saya tidak berhajat mengulas politik disebalik isu ini, cuma mahu menyentuh isu dasar dan pentadbiran. Yang jelasnya kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II (Hudud) Negeri Kelantan 1993 setelah mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri nya dan perkenan Sultan Kelantan. Enakmen berkenaan telah menggariskan prosedur dan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam, sekaligus member laluan kepada perlaksanaan hukum Hudud di negeri berkenaan.
Malangnya ketika itu Perdana Menteri Malaysia (Tun Dr M) telah member amaran bertulis kepada MB Kelantan melalui suratnya bertarikh 15 Julai 1994, menghalang perlaksanaan hukum berkenaan. Anatara lain beliau menulis:
Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.
Kebelakangan ini timbul pula isu kondusif atau tidak dilaksanakan hudud di Kelantan dan MB Kelantan telah pun member respon selaku Ketua Pentadbir Negeri bahawa beliau yakin rakyat Kelantan telah bersedia.
Isunya, boleh tak boleh laksana?
Syukur setelah tiada lagi Tun Dr M sebagai PM, kini “authority” kedua tertinggi dalam Negara iaitu TPM Muhyuddin Yassin telah mengesahkan bahawa Hukum Hudud itu adalah sebahagian dari Islam dan wajib dilaksana. Kata beliau:
Bukan soal hudud diterima atau tidak kerana dalam Islam memang ada Hukum Hudud
Jika dahulu Tun Dr M pertikaikan undang-undang yang digubal oleh kerajaan Kelantan kononnya ia undang-undang PAS (walaupun dari segi faktanya enakmen itu dilulus oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan yang anggotanya termasuk wakil Umno-BN) kini tiada lagi dipolitkkan isu hudud. Semua setuju ia wajib dilaksana.
Isunya kini boleh tak laksana hari ini?
Malangnya TPM menambah ia belum sesuai di Malaysia! Tetapi beliau juga berkata kalau Kelantan mahu juga laksanakan, teruskan jangan jadikan surat Tun Dr M (bertarikh 15 Julai 1994) itu sebagai alasan, kerana kata TPM Tun Dr M bukan PM lagi.
Memang benar Tun Dr M bukan PM lagi tetapi sebagaimana dinyatakan oleh MB Kelantan, surat bertarikh 15 Julai 1994 itu ditandatangani oleh Tun atas kapasiti seorang PM, maka jika TPM beri laluan, wajarlah surat itu dibatalkan atau barangkali PM Najib Tun Razak boleh keluarkan surat keizinan baru.
Rakyat Kelantan sejak 1990 telah member mandate kepada kerajaan yang ada pada hari ini, pada tahun 1993, wakil-wakil rakyat negeri Kelantan atas mandate yang diberi rakyat telah mengundi menyokong enakmen ini sebulat suara. Ia kemudiannya diangkat oleh kerajaan negeri bagi mendapatkan perkenan Sultan Kelantan. Dan Sultan telah perkenankan bermakna seluruh proses perundangan yang demokratik telah dipatuhi.
Kalau rakyat Kelantan mahu, sudah pasti mereka juga yakin ia kondusif buat mereka, lalu apa yang mahu dihalang lagi?
Memang ada peruntukkan penghalang dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi jika kerajaan Persekutuan mahu member laluan penghalang itu boleh dikecualikan buat Kelantan.
Tanpa membabitkan sentimen politik, dipagi Jumaat ini kalau kita akur bahawa Hudud itu adalah sebahagian dari tuntutan syariah, maka berilah laluan kepada saudara-saudara kita disebuah negeri yang bersedia mahu melaksanakannya.
Salam Perjuangan
PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN KPD ORANG ISLAM KITA
"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)
Ambillah iktibar dari peristiwa ini, dan mungkin banyak lagi kes sedemikian yang tidak tersebar kepada umum. Sesungguhnya manusia itu sentiasa melakukan amalam "Menzalimi Diri sendiri" walaupun telah di beri peringatan.



No comments:

Post a Comment