Thursday, September 22, 2011

DS Hishammuddin Bidas Malaysiakini.


DS Hishammuddin Bidas Malaysiakini.

DS Hisham baru membuka akaun twitter beliau. Namun, beliau telah menggunakan akaun twitternya untuk tujuan yang betul iaitu memperjelaskan sesuatu isu berkaitan kementerian beliau.

Tidak seperti seorang menteri yang tak habis-habis dengan politik barunya. Tak salah dengan politik baru. Tetapi kadang kala, pendapat yang dikeluarkan melalui twitternya dijadikan bahan oleh pihak lawan untuk hentam BN balik.

 Malaysiakini membuat penjelasan di laman berita mereka.


 Tahniah DS Hisham!


'Undi untuk kerakyatan': Hisham bidas M'kini

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidasMalaysiakini berhubung dua laporan berita mengenai pemberian kewarganegaraan Malaysia.

Di Twitter hari ini, Hishammuddin menuduh portal berita itu tidak menyiarkan kenyataan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh berhubung nota yang dimuat-naik di laman web agensi Bangladesh.

NONE“Dua hari lepas Malaysiakini lapor 6P beri warganegara kepada Bangladesh - apabila (Ketua Pengarah JPN) Datin Jariah (Mohd Said) jawap dengan fakta dan duta (Bangladesh) nafikan - senyap!” tulisnya di Tweeter.

Bagaiamanapun apa yang berlaku adalah di sebaliknya.

Malaysiakini telah menghubungi Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh AKM Atiqur Rahman pada 19 September dan menyiarkan laporan itu pada hari yang sama.

- Sebelum itu, e-mel juga dihantar kepada agensi di Bangladesh yang menyiarkan dakwaan berkenaan di laman webnya tetapi tidak mendapat jawapan.

- Tidak ada laporan disiarkan sehingga Pejabat Suruhanjaya Tinggi di Kuala Lumpur memberikan jawapannya pada Isnin lalu.

- Pesuruhjaya Tinggi juga mengeluarkan kenyataan media menafikan nota berkenaan yang dihantar ke JPN pada Isnin, jam 6.26 petang.

- Bersama kenyataan Pesuruhjaya Tinggi adalah kenyataan media oleh ketua pengarah JPN, Datin Jariah yang menyatakan 37 rakyat Bangladesh diberikan kewarganegaraan Malaysia sejak 2008. Ini disiarkan Selasa lalu.


http://www.malaysiakini.com/news/176461
 Teruskan perjuangan DS di media sosial.

*Kalau nak harapkan pejuang-pejuang maya BN sahaja tak cukup kalau panglima tak join sekali. Malaysiakini masih nak berlakon jadi pihak neutral dengan jawab twitter DS Hisham tapi kami penyokong BN tahu anda di pihak mana.

No comments:

Post a Comment