Tuesday, September 27, 2011

Keikhlasan dalam Perjuangan !



Keikhlasan Dalam Perjuangan !



Sebelum terjah lebih elok kita fahami kandungan video diatas.

Perjuangan hudud PAS yang mula dicetuskan semula Tuan Guru Nik Aziz seolah-olah siren kebangkitan PAS. Jangan salah tafsir siren itu bukan kerana komitmen perjuangan PAS yang tertinggal sebelum ini tetapi siren untuk memberitahu orang Melayu PAS masih lagi wujud dan bernafas di muka bumi ini.

Pejuangmelaka bersyukur jika perlaksanaan Hudud di jalankan di Malaysia 
kerana Hudud adalah undang-undang ALLAH dan sesuai untuk sepanjang
zaman seperti yang tertulis dalam Al-Quran.


Parti Islam yang berusia 60 tahun ini makin dilupakan kerana kedajalan perjuangan yang mempermainkan agama untuk kepentingan politik.

Untuk apa lagi bukti yang mahu ditunjukkan perihal tidak konsisten PAS. Apa habis semua dibuang kerana taksub dengan keseronokan duniawi.

Komitmen tulisan ini bukanlah terletak kepada sokongan pelaksanaan hudud yang dibincangkan sekarang ini. Menyokong dan membangkang yang tidak ekstrem kerana apa yang keluar dari mulut PAS semuanya harus diteliti.

Yang dipersoalkan orang Melayu dan umat Islam ialah dimana keikhlasan PAS dalam menegakkan agama Allah?

Salam Perjuangan

No comments:

Post a Comment