Friday, September 30, 2011

MTEM Langkah Memperkasakan Melayu !

Tahniah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)





Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) adalah sebuah badan gabungan 63 NGO - NGO Ekonomi Melayu di Malaysia yang telah ditubuhkan pada 23 Julai 2011.

YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, telah merasmikan serta melancarkan MTEM pada 29 September 2011 (Khamis) bertempat di Hall D, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor Darul Ehsan.

Selain mengadakan majlis pelancaran MTEM, juga diadakan Majlis Sambutan Hari Raya bagi meraikan penyatuan NGO - NGO Ekonomi Melayu di seluruh Malaysia di bawah MTEM.

FOKUS MTEM

1) Memberi peluang kepada badan-badan lain yang memerlukan khidmat
nasihat atau mencari peluang kerjasama dengan komuniti Internet.

2) Membuka ruang kepada semua usahawan melayu untuk berkumpul dan bertukar-tukar pandangan dalam pelbagai aspek termasuk kerjasama dalam pemasaran produk, atau servis.

3) Memberi galakan kepada usahawan muda yang dimana dijangka 60%
kehadiran adalah generasi Y yang amat diperlukan dalam membentuk
masa depan Melayu di Malaysia dan Rantau Asia.

4) Memberi kesan dan membina perhatian dari Perdana Menteri dimana
ramai lagi usahawan melayu tidak mendapat peluang dari Kerajaan dalam bentuk ekonomi khususnya.

5) Dan banyak lagi fokus untuk kepentingan orang Melayu di Negara ini.


Salam Perjuangan

No comments:

Post a Comment