Pendominasian Surah Al Baqarah 278-281 bhg. akhir
Selepas kita memahami isu asas riba`, maka kita akan melihat bagaimanakah riba ini menjadi asas kepada sistem ekonomi semasa.
Dalam kita memahami isu riba`, ia tidak lari dari kita memahami mengapa riba` menjadi asas kepada sistem ekonomi pada hari ini. Kepelbagaian ideologi ciptaan manusia pada zaman ini bagi menggantikan cara hidup Islam menunjukkan bahawa ideologi-ideologi ini tidak lain melainkan menjadikan Tuhan hanya sebagai satu bahagian dari kehidupan bukan dalam semua cara hidup.
Salah satu ideologi yang terus subur pada hari ini adalah KAPITALISME.
Hukum pertama kapitalisme ialah: untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Hukum ini tidak akan beralih-alih.
Sama ada kapitalis ini Majusi, Yahudi, Nasrani atau Islam hukum kapitalis tetap sama.
Kapitalisme juga bergerak melalui hutang. Sistem kapitalisme akan runtuh jika hutang dan riba tidak wujud. Peneraju utama yang melahirkan hutang dan riba ini ialah bank. Justeru kita wajib memahami bagaimana bank mula bergerak untuk mendapat keuntungan maksimum.
Sebelum kemunculan bank di zaman kapitalisma kaum pedagang emas adalah tukaran. Justeru, jika kita menyemak Sejarah Melayu, kita akan terbaca ufti yang dibayar kepada Raja Siam berbentuk Bunga Emas.
Kita juga terbaca perkataan perak sebagai wang. Jika melawat muzium, kita akan akan dapat melihat mata wang lama Alam Melayu, emas dan perak.

Para saudagar yang berniaga akan mengupah tukang emas untuk membuat kepingan emas dan perak ini sebagai tukaran membeli-belah.
Saudagar akan meninggalkan emas dan perak untuk disimpan ke dalam peti besi tuan kedai. Kepingan emas dan perak ini dijaga rapi. Sebagai tandanya, tuan kedai akan menulis di atas kertas/resit jumlah emas yang tersimpan.
Kertas/resit ini cukup berharga. Sesekali si saudagar akan datang melihat emasnya yang tersimpan.
Tuan kedai emas melihat bahawa surat yang ditulisnya telah diyakini umum. Keyakinan ini datang kerana tuan kedai bukan hanya menyimpan untuk seorang saudagar tetapi berpuluh-puluh.
Jika ada si saudagar atau sesiapa yang datang untuk melihat emasnya, tuan kedai akan memperlihatkan emas-emas kepunyaan saudagar yang lain. Maka keyakinan mereka akan bertambah.
Keyakinan yang bertambah ini menjadikan saudagar-saudagar menggunakan resit/kertas ini dalam urusan jual beli di atas keyakinannya bahawa kertas-kertas/ resit-resit itu adalah bernilai sama dengan emas yang disimpan.
Sebagai contoh penggunaan resit ini seperti berikut:
Pak Ali simpan 10 gram emas pada Tuan Kedai Emas, dan Tuan Kedai Emas mengeluarkan suatu kenyataan bertulis bahawa kertas/resit ini mewakili 10 gram emas milik Pak Ali telah disimpan.
Maka Pak Ali pergi ke kedai Pak Abu, ingin membeli barang(contoh kurma atau apa sahaja barang) tetapi Pak Ali tiada emas di tangan, hanya ada sekeping kertas bertulis Mewakili Nilai 10 gram emas.
Pak Ali memberikan kertas tersebut kepada Pak Abu, dan Pak Abu menyerahkan satu bidang karpet kepada Pak Ali.
Jika kita ingat pengertian RIBA`, riba terjadi apabila berlaku dalam urus niaga yang berkaitan emas/perak atau makanan.
Maka setelah urusan jual beli tersebut selesai, Pak Abu perlu pergi ke kedai emas untuk menukarkan kertas/resit kepada nilai emas yang disimpan.
Di sini berlaku penangguhan yang dilakukan oleh Pak Ali terhadap emas miliknya yang sepatutnya Pak Ali perlu membayar dengar emas, tetapi Pak Ali menangguhkan pembayaran dengan menjanjikan sekeping kertas yang boleh ditebus dengan nilai emas yang tertulis di atasnya.
Ini adalah RIBA` yang jelas. Dari sinilah masyarakat dikaburi dan hidup di atas sistem riba dan yang lebih pasti kini umat islam juga tidak terkecuali umat.
Dari sini hukum kapitalisme bergerak lagi. Contohnya, tuan kedai menyimpan 100 keping emas yang dimiliki saudagar Minyak. Jika disimpan, maka nilainya tidak bertambah.
Justeru tuan kedai telah menulis 200 keping kertas untuk Minyak. Ertinya, ada seratus keping kertas lebih daripada 100 keping emas. Lebihan kertas ni menjadikan modal saudagar Minyak bertambah satu kali ganda.
Kertas yang ditulis oleh tuan kedai ini diuar-uarkan sama dengan nilai emas yang tersimpan dalam peti besi tuan kedai. Inilah asal-usul duit kertas atau bank note. Daripada pengalamannya, tuan kedai tahu bahawa para saudagar ini tidak semuanya akan datang serentak untuk melihat emas simpanan masing-masing. Justeru, dia boleh memutarbelitkan jumlah kepingan emas yang disimpan.
Hukum keuntungan maksimum sistem kapitalis bergerak lagi. Kali ini tuan kedai bukan lagi mengeluarkan kertas kepada si penyimpan emas sahaja tetapi telah berani menjual kertas ini kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar untuk digunakan sebagai modal. Kertas yang dijual ini pastilah telah melebihi daripada jumlah emas yang tersimpan. Perkara ini tidak diketahui umum kerana tuan kedai menyimpan emasnya secara rahsia dengan alasan untuk menjaga kestabilan suasana perniagaan.
Tuan kedai emas menjadi kaya dengan menjual kertas kosong yang tidak berasaskan emas. Justeru inilah asal-usul bank dalam sistem kapitalisme. Amat jelas bank bermula dengan pembohongan.
Penipuan ini menjadi kukuh kerana adanya keyakinan daripada orang ramai. Mereka yakin kerana melihat ramai saudagar telah menyimpan emas dengan tuan kedai.
Tuan kedai emas ini juga dilihat hebat di kalangan masyarakat kerana memiliki rumah besar, isteri gemuk, makanan sedap, ada orang gaji dan pengawal peribadi.
Tuan kedai emas ini akhirnya menjadi pemilik bank. Gejala ini berlaku 500 tahun dahulu. Jika kita membaca karya Shakespeare, kita akan bertemu dengan si Mamat yang bernama Shylock tuan peminjam wang di kota Venice.

Shylock ini watak pemilik bank 500 tahun dahulu. Hari ini watak, hukum-hakam dan ciri-ciri seorang pemilik bank tidak pernah berubah. Hutang wajib dibayar. Jika tidak, daging seketul wajib diagihkan.
Hari ini iaitu 500 tahun kemudian, asas hukum perbankan tidak pernah berubah tetapi cara pengendalian lebih tersusun.
Masyarakat umum selalu bertanya dari mana datangnya wang. Jawabnya: yang mencetak wang ialah bank!! Caranya tidak jauh bezanya daripada amalan tuan kedai emas dahulu.
Contoh: Ada sebuah bank yang memiliki modal sebanyak 100 ringgit. Bank ini mendapat pelanggan 10 orang yang menyimpan 100 ringgit seorang.
Ertinya bank ini ada 1100 ringgit. Bank ini kemudian memberi pinjaman kepada 10 pelanggan baru. Setiap pelanggan dipinjamkan 200 ringgit. Lihat mereka melakukakan penipuan yang nyata!
Dari 100 ringgit modal asal, kini menjadi 2100 ringgit. Bank ini sebenarnya tidak memberikan pinjaman duit tetapi kredit. Tidak ada duit bertukar tangan. Ini duit atas angin. Tuan punya bank seperti tuan kedai emas tahu bahawa tidak semua pelanggan akan datang serentak untuk mengeluarkan duit simpanan.
Bank memungut bunga dan riba yang dipanggil untung. Duit bunga ini akan terus dipusingkan untuk dipinjamkan lagi. Ertinya duit dalam sistem ekonomi kapitalis lahir daripada hutang dan bunga.
Beginilah yang telah dilakukan oleh semua bank. Inilah caranya bagaimana duit muncul dalam pasaran. Sistem bank dalam ekonomi kapitalis bergerak mengikut hukum ini. Dalam masa yang sama, si peminjam diminta memberi cagaran, amalan ini untuk menjamin keuntungan kepada bank. Jika si pelanggan gagal membayar hutang, maka cagaran akan terlupus.
Harus difahami bahawa bank membuat duit bukan melalui cagaran. Bank membuat duit dengan memberi orang berhutang. Cagaran hanya mainan silap mata untuk melahirkan keyakinan.
Katakan pada hari Rabu minggu hadapan, semua pelanggan Bank ingin mengeluarkan duit maka nescaya huru hara Bank! Kerana hakikatnya di dalam bank itu sendiri tidak tesimpan sejumlah wang yang pelangan simpan di dalam bank itu. Yang berpusing-pusing hanya kertas. Inilah yang sedang kita hadapi semenjak September 2008.
Bank Northern Rock di Scotland menjadi huru hara apabila semua penyimpan datang beratur untuk meminta wang simpanan mereka, ia merupakan permulaan hilangnya keyakinan orang ramai terhadap bank.

Orang ramai tidak yakin bahawa duit mereka selamat disimpan didalam bank. Apabila orang ramai hilang keyakinan, maka penipuan yang mereka lakukan terdedah. Orang ramai akan berbondong-bondong datang untuk mengeluarkan duit mereka.
Bank yang melakukan penipuan kini tidak akan dapat melakukan apa-apa melainkan mengaku diri mereka bankrap. Inilah yang sedang berlaku sekarang. Selama 30 tahun yang lalu, pelbagai bentuk penipuan telah dilakukan oleh bank. Pemilik-pemilik bank ini telah mempengaruhi para ahli politik untuk melupuskan pelbagai larangan dan rintangan.
Mereka memungut riba dan mengumpul harta. Dengan harta kekayaan yang terkumpul hasil daripada memakan riba, para pemilik bank telah memberi sumbangan kepada politikus.
Persekongkolan ini cukup intim. Para pemilik bank ini tidak pernah muncul di khalayak umum. Tetapi kepentingan mereka terjamin melalui para politikus yang akan bersuara menjaga kepentingan mereka.
Pada 2009, banyak bank telah muflis. Lalu timbul persoalan. Ke mana perginya duit-duit ini? Harta kekayaan tidak hilang, ia hanya bertukar tangan. Duit ringgit milik orang ramai yang tersimpan di bank telah dijadikan modal untuk membuat lebih banyak keuntungan.
Keuntungan ini disimpan. Penyimpan duit di bank boleh jatuh muflis, bank boleh diistihar bankrup tetapi tuan empunya bank tidak pernah bankrup.
Sejarah Duit Kertas Zaman Moden
Cuba kita imbas kembali sistem duit kertas ini mula melebar di kalangan negara umat Islam dan mengapa umat Islam berterusan dilihat hidup dalam kehinaan.
Pada tahun 1944, satu perjanjian di Bretton Woods yang diwakili oleh sejumlah 44 buah negara bersetuju menjadikan Dollar Amerika (USD) sebagai matawang antarabangsa menggantikan emas, dan setiap satu USD mewakil 1gram emas yang disimpan di dalam bank di Amerika atau dengan kata lain, setiap satu auns(34 @ 35 gram emas) bernilai 35 USD.
Setiap negara yang mempunyai USD dalam simpanan negara mereka, maka negara tersebut boleh membawa duit USD di negara tersebut ke Amerika, dan boleh ditukarkan dengan emas yang ada.
Syarat ini hanya sah untuk kerajaan, jika rakyat perseorangan ingin menukar USD dengan emas, ini tidak dibenarkan sama sekali.
Maka kita melihat, satu sistem kufar, sistem yang mengisyhtiharkan Perang Terang-terang dengan Allah, mula beroperasi.
Emas yang sepatutnya diniagakan secara tunai tidak lagi dilaksanakan, melainkan ianya ditangguhkan dalam urusan jual beli. Penjual yang sepatutnya mendapat emas, sebaliknya hanya mendapat kertas dan perlu mengambil sendiri emas yang sepatutnya dia dapat dari satu tempat lain.
Mari kita rujuk salah satu hadis yang berkaitan :
Maka di sini, kita melihat satu perjanjian yang dibuat dahulu telah dimungkiri, sebilangan besar manusia/negara yang terlibat dalam perjanjian ini telah bulat-bulat ditipu. Maka nilai USD yang ada pada tangan mereka sekarang tiada apa-apa nilai melainkan kertas.
Bermula tahun 1971, nilai kertas terhadap emas semakin meningkat. Sehingga pada hari ini, satu auns (35 gram) bernilai 1280 USD berbanding satu auns pada sebelum 1971 nilainya 35 USD.
Jika seseorang pada tahun 1970 contohnya, dibayar gaji oleh majikannya bergaji RM 900 ringgit(1 USD = RM 3) , maka kita akan dapati nilai emas yang boleh didapati adalah lebih kurang 8.5 auns.
Pada hari ini, seorang amah yang dibayar RM 900, pada hari ini, hanya boleh mendapat sekitar 0.2 atau satu perlima (1/5) auns.
Lihatlah bagaimana manusia dimiskinkan dan ditipu. Nilaian kerja setiap manusia setiap hari dikurangkan sedangkan bebanan kerja yang dihadapi setiap hari ditambah.
Isu Wang kertas boleh disimpulkan dalam 4 perkara tetapi hanya 3 yang akan dijelaskan di sini.Bank yang melakukan penipuan kini tidak akan dapat melakukan apa-apa melainkan mengaku diri mereka bankrap. Inilah yang sedang berlaku sekarang. Selama 30 tahun yang lalu, pelbagai bentuk penipuan telah dilakukan oleh bank. Pemilik-pemilik bank ini telah mempengaruhi para ahli politik untuk melupuskan pelbagai larangan dan rintangan.
Mereka memungut riba dan mengumpul harta. Dengan harta kekayaan yang terkumpul hasil daripada memakan riba, para pemilik bank telah memberi sumbangan kepada politikus.
Persekongkolan ini cukup intim. Para pemilik bank ini tidak pernah muncul di khalayak umum. Tetapi kepentingan mereka terjamin melalui para politikus yang akan bersuara menjaga kepentingan mereka.
Pada 2009, banyak bank telah muflis. Lalu timbul persoalan. Ke mana perginya duit-duit ini? Harta kekayaan tidak hilang, ia hanya bertukar tangan. Duit ringgit milik orang ramai yang tersimpan di bank telah dijadikan modal untuk membuat lebih banyak keuntungan.
Keuntungan ini disimpan. Penyimpan duit di bank boleh jatuh muflis, bank boleh diistihar bankrup tetapi tuan empunya bank tidak pernah bankrup.
Sejarah Duit Kertas Zaman Moden
Cuba kita imbas kembali sistem duit kertas ini mula melebar di kalangan negara umat Islam dan mengapa umat Islam berterusan dilihat hidup dalam kehinaan.
Pada tahun 1944, satu perjanjian di Bretton Woods yang diwakili oleh sejumlah 44 buah negara bersetuju menjadikan Dollar Amerika (USD) sebagai matawang antarabangsa menggantikan emas, dan setiap satu USD mewakil 1gram emas yang disimpan di dalam bank di Amerika atau dengan kata lain, setiap satu auns(34 @ 35 gram emas) bernilai 35 USD.
Setiap negara yang mempunyai USD dalam simpanan negara mereka, maka negara tersebut boleh membawa duit USD di negara tersebut ke Amerika, dan boleh ditukarkan dengan emas yang ada.
Syarat ini hanya sah untuk kerajaan, jika rakyat perseorangan ingin menukar USD dengan emas, ini tidak dibenarkan sama sekali.
Maka kita melihat, satu sistem kufar, sistem yang mengisyhtiharkan Perang Terang-terang dengan Allah, mula beroperasi.
Emas yang sepatutnya diniagakan secara tunai tidak lagi dilaksanakan, melainkan ianya ditangguhkan dalam urusan jual beli. Penjual yang sepatutnya mendapat emas, sebaliknya hanya mendapat kertas dan perlu mengambil sendiri emas yang sepatutnya dia dapat dari satu tempat lain.
Mari kita rujuk salah satu hadis yang berkaitan :
Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahwa ia mendengar tanda terima/resit(sukukun) dibagikan pada penduduk pada masa Marwan ibn al-Hakam untuk barang di pasar al-Jar. Penduduk membeli dan menjual resit diantara mereka sebelum mereka mengambil barangnya. Zayd ibn Tsabit bersama seorang Sahabat Rasulullah, sallallahu alayhi wa sallam, pergi menghadap Marwan ibn al-Hakam dan berkata, “Marwan! Apakah engkau menghalalkan Riba?” Ia menjawab, “Naudzubillah! Apakah itu?” Ia berkata, “Resit-resit ini yang dipergunakan penduduk untuk berjual-beli sebelum menerima barangnya.” Marwan kemudian mengirim penjaga untuk mengikuti mereka dan mengambilnya dari penduduk kemudian mengembalikannya pada pemilik asalnya.Kemudian, pada tahun 1971, Amerika mengisyhtiharkan bahawa US dollar tidak lagi disandarkan dengan nilaian emas, setiap negara yang mempunyai USD tidak lagi boleh menukarkan USD dengan emas.
Maka di sini, kita melihat satu perjanjian yang dibuat dahulu telah dimungkiri, sebilangan besar manusia/negara yang terlibat dalam perjanjian ini telah bulat-bulat ditipu. Maka nilai USD yang ada pada tangan mereka sekarang tiada apa-apa nilai melainkan kertas.
Bermula tahun 1971, nilai kertas terhadap emas semakin meningkat. Sehingga pada hari ini, satu auns (35 gram) bernilai 1280 USD berbanding satu auns pada sebelum 1971 nilainya 35 USD.
Jika seseorang pada tahun 1970 contohnya, dibayar gaji oleh majikannya bergaji RM 900 ringgit(1 USD = RM 3) , maka kita akan dapati nilai emas yang boleh didapati adalah lebih kurang 8.5 auns.
Pada hari ini, seorang amah yang dibayar RM 900, pada hari ini, hanya boleh mendapat sekitar 0.2 atau satu perlima (1/5) auns.
Lihatlah bagaimana manusia dimiskinkan dan ditipu. Nilaian kerja setiap manusia setiap hari dikurangkan sedangkan bebanan kerja yang dihadapi setiap hari ditambah.
1. Isu Riba dan Hutang.
Ini isu yang sangat jelas apabila kita sudah memahami asas kepada timbulnya wang kertas.
Emas dan Perak tidak boleh diniagakan/ dijual beli secara bertangguh. Maka penangguhan yang dibuat dalam urus niaga emas dan perak menjadikan urusan jual beli tersebut menjadi urusan riba, bukan urusan jual beli.
Kedua-dua pihak yang terlibat, penjual dan pembeli, secara terang mengishtiharkan Perang terhadap Allah dan Rasul.
Selain isu riba, isu hutang juga dikaitkan dengan wang kertas. Apabila seseorang memberikan kertas 10 USD bererti ada nilai sebanyak 10 gram emas di dalam bank.
Bila dia menjadikan kertas 10 USD itu untuk urus niaga, maka 10 USD itu boleh dikatakan sebagai hutang sebanyak 10 gram emas dari pembeli kepada penjual.
Maka urus niaga ini tidak sah. Bahkan apabila kertas ini bertukar-tukar tangan.
Hutang dijadikan bahan niaga.
Ini sesuatu yang jelas melanggar hukum Allah. Kerana hutang, ianya perlu dicatat dan mempunyai saksi, sedangkan urusan perpindahan hutang (kertas) dengan hutang (kertas) ini tidak dicatat langsung semua aturan Allah.
2 . Isu menjadikan ahli kitab sebagai pemegang amanah.
Emas yang kita ada disimpan pada seorang pemegang amanah (bank atau siapa-siapa). Apakah kata-kata Allah, Pencipta Kita terhadap perkara ini? Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, dia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya.
Berkenaan ayat ini, seorang ulama memberikan penjelasan , Qadi Abu Bakr ibn Al-Arabi di dalam bukunya Ahkamul Quran(hukum-hukum Quran)
Penerangan terhadap keterangan ini ada di dalam ayat itu sendiri
3. Kehilangan Nilai Wang Kertas.
Jika kita masih ingat, harga seekor kambing pada awal 1990-an, ianya hanya sekitar harga RM 100, tetapi , kini harga seekor kambing bernilai sekitar 600-700 seekor.
Jika kita menyimpan RM 100 dari awal 1990-an, maka jika menggunakannya pada waktu kini, kita tidak berjaya membeli satu bahagian kambing pun.
Begitu juga dengan barangan lain, dan barangan yang paling ketara adalah emas. Proses kehilangan nilai duit kertas ini adalah perompakan secara besar-besaran. Perompakan atau penipuan, dua-dua kita boleh istilahkan kepada sistem kehilangan nilai duit kertas.
Seorang Muslim apatah lagi mukmin, tidak boleh meletakkan dirinya di dalam kebinasaan.
Apatah lagi, meletakkan dirinya sendiri dalam situasi sentiasa ditipu dan dianiaya. Bukankah Nabi pernah menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh terjatuh ke dalam lubang yang sama kali ke dua?(betulkan saya tentang hadis ini)Ingatlah bahawa suatu ketika dahulu peristiwa atau keadaan yang ada pada zaman ini, sudah berlaku tika zaman nabi Syu’aib.
Antara yang Nabi Syuaib a.s dakwahkan, adalah larangan terhadap perangai atau sifat dari kalangan masyarakat yang suka menyebabkan kerugian dan kehilangan nilai harta manusia. Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya;
Sikap yang ditunjukkan oleh kaum Nabi Syuaib adalah penentangan yang nyata, maka kalian cuba bacakan apakah nasib kaum yang terang-terang memepertahankan sistem itu.
Nasib kita pada hari ini, jika tidak mahu terus berada di dalam kerosakan dan termasuk golongan yang akan dihapuskan Allah, maka berwaspadalah terhadap sistem ekonomi yang ada pada hari ini, fatwa-fatwa ulama berkenaan sistem duit kertas perlu dinilai semula, bahkan ditolak secara terus kerana ianya bertentangan dengan peringatan Allah agar kita menjauhinya.
Fatwa sebilangan kecil ulama di Malaysia yang menghalalkan ASB adalah sangat diragukan dengan alasan ianya untuk maslahah umat islam,sedangkan kaitan ASB dengan riba sangat jelas, sedangkan Allah menghendaki agamaNYA terus lurus, tetapi mereka yang digelar ulama ini, mengambil pendekatan menjauhkan manusia dari agama Allah dan menjadikan agama Allah yang lurus menjadi bengkok.
Kesimpulan Akhir Dari Wang Kertas, Disebabkan majoriti umat Islam dan negara Umat islam menggunakan duit kertas, maka kita melihat kehinaan yang menimpa sebilangan besar umat islam disebabkan kita dengan sendiri Mengistiharkan Perang terhadap Allah, dan kita meninggalkan suruhannya dan mengikut telunjuk manusia-manusia yang tidak beriman kepada Allah dalam urusan kehidupan kita.Jika kita memahami isu duit kertas, maka dari isu ini akan timbul isu perbankan termasuk perbankan islam, takaful, saham, ASB.Jika ada yang mempersoalkan bahawa Ulama sudah berfatwa, maka jawapan pada persoalan ini adalah, ulama bukan Tuhan yang memberikanHUKUM.
Kesilapan terbesar umat islam pada zaman ini apabila seorang yang dikatakan ilmuwan Islam mengeluarkan fatwanya berkaitan duit kertas, Dr Yusuf AlQaradawi dari Fatwa Muasirah beliau:
Allah berfirman:

Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan:Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).|Qs. ali imran: 75|Dari ayat ini, Allah menjelaskan dari ahli kitab itu, tidak amanah apabila emas kita disimpan dengan mereka.
Berkenaan ayat ini, seorang ulama memberikan penjelasan , Qadi Abu Bakr ibn Al-Arabi di dalam bukunya Ahkamul Quran(hukum-hukum Quran)
”Ia adalah dilarang bagi seseorang muslim untuk memberikan amanah kepada orang kafir di luar Dar Al-Islam(Tanah air/Negara Islam), iaitu ” kecuali engkau selalu menuntutnya”yang membawa erti ianya dibawah kuasa seorang Muslim yang mempunyai autoriti untuk memaksanya.
Penerangan terhadap keterangan ini ada di dalam ayat itu sendiri
”Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi ”Yang boleh kita jelaskan, bahawa mereka akan dengan sendiri memungkiri perjanjian yang awal. Disebabkan perkara ini dibuktikan oleh sejarah, maka kita merumuskan bahawa ianya satu perkara yang sangat penting bagi seorang muslim memahaminya.
3. Kehilangan Nilai Wang Kertas.
Jika kita masih ingat, harga seekor kambing pada awal 1990-an, ianya hanya sekitar harga RM 100, tetapi , kini harga seekor kambing bernilai sekitar 600-700 seekor.
Jika kita menyimpan RM 100 dari awal 1990-an, maka jika menggunakannya pada waktu kini, kita tidak berjaya membeli satu bahagian kambing pun.
Begitu juga dengan barangan lain, dan barangan yang paling ketara adalah emas. Proses kehilangan nilai duit kertas ini adalah perompakan secara besar-besaran. Perompakan atau penipuan, dua-dua kita boleh istilahkan kepada sistem kehilangan nilai duit kertas.
Seorang Muslim apatah lagi mukmin, tidak boleh meletakkan dirinya di dalam kebinasaan.
Apatah lagi, meletakkan dirinya sendiri dalam situasi sentiasa ditipu dan dianiaya. Bukankah Nabi pernah menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh terjatuh ke dalam lubang yang sama kali ke dua?(betulkan saya tentang hadis ini)Ingatlah bahawa suatu ketika dahulu peristiwa atau keadaan yang ada pada zaman ini, sudah berlaku tika zaman nabi Syu’aib.
Antara yang Nabi Syuaib a.s dakwahkan, adalah larangan terhadap perangai atau sifat dari kalangan masyarakat yang suka menyebabkan kerugian dan kehilangan nilai harta manusia. Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya;
dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman.|Qs. al-a’raf: 85|
Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, dengan menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang yang beriman dari melalui jalan Allah dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah itu bengkok terpesong dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai, serta perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berbuat kerosakan.|Qs. al-a’raf: 86| Kisah Nabi Syuaib adalah peringatan yang jelas dari Allah, bahawa antara punca kerosakan bumi adalah penipuan dalam timbangan, dan sifat suka menghilangkan/ merugikan nilai dari dari harta manusia.
Sikap yang ditunjukkan oleh kaum Nabi Syuaib adalah penentangan yang nyata, maka kalian cuba bacakan apakah nasib kaum yang terang-terang memepertahankan sistem itu.
Nasib kita pada hari ini, jika tidak mahu terus berada di dalam kerosakan dan termasuk golongan yang akan dihapuskan Allah, maka berwaspadalah terhadap sistem ekonomi yang ada pada hari ini, fatwa-fatwa ulama berkenaan sistem duit kertas perlu dinilai semula, bahkan ditolak secara terus kerana ianya bertentangan dengan peringatan Allah agar kita menjauhinya.
Fatwa sebilangan kecil ulama di Malaysia yang menghalalkan ASB adalah sangat diragukan dengan alasan ianya untuk maslahah umat islam,sedangkan kaitan ASB dengan riba sangat jelas, sedangkan Allah menghendaki agamaNYA terus lurus, tetapi mereka yang digelar ulama ini, mengambil pendekatan menjauhkan manusia dari agama Allah dan menjadikan agama Allah yang lurus menjadi bengkok.
Kesimpulan Akhir Dari Wang Kertas, Disebabkan majoriti umat Islam dan negara Umat islam menggunakan duit kertas, maka kita melihat kehinaan yang menimpa sebilangan besar umat islam disebabkan kita dengan sendiri Mengistiharkan Perang terhadap Allah, dan kita meninggalkan suruhannya dan mengikut telunjuk manusia-manusia yang tidak beriman kepada Allah dalam urusan kehidupan kita.Jika kita memahami isu duit kertas, maka dari isu ini akan timbul isu perbankan termasuk perbankan islam, takaful, saham, ASB.Jika ada yang mempersoalkan bahawa Ulama sudah berfatwa, maka jawapan pada persoalan ini adalah, ulama bukan Tuhan yang memberikanHUKUM.
Kesilapan terbesar umat islam pada zaman ini apabila seorang yang dikatakan ilmuwan Islam mengeluarkan fatwanya berkaitan duit kertas, Dr Yusuf AlQaradawi dari Fatwa Muasirah beliau:
“WANG KERTAS TELAH MENJADI WANG YANG DIGUNAKAN SELURUH DUNIA. BAGAIMANAKAH INGIN MEMBATALKAN HUKUM RIBA PADANYA SEDANGKAN SEMUA MANUSIA BERMUAMALAT DENGANNYA TIDAK LAGI DENGAN EMAS DAN PERAK ? SESIAPA YANG MEMILIKINYA DIANGGAP KAYA WALAUPUN TIDAK MEMPUNYAI SIMPANAN EMAS DAN PERAK. DENGAN WANG INI, LELAKI MENJADIKAN MAHAR, DIGUNA DALAM JUAL BELI, SEWA DAN MEMBAYAR DIAT. SEMUA MUAMALAT MELALUI WANG KERTAS SUDAH MENCAPAI TAHAP EMAS DAN PERAK”Jika seorang yang dikatakan ulama tidak memahami realiti sebenar duit kertas, maka bagaimanakah ummat ini ingin dibawa keluar dari kehinaan? Mereka hanya manusia sama seperti kita, dan keterangan ini saya tidak mengatakan tidak perlu orang yang berautoriti untuk mengulas sesuatu isu, tetapi yangHALAL telah Jelas dan yang HARAM telah jelas, mengapakah hukum-hukum yang jelas ini ingin disamar-samarkan isunya?Ingatlah satu kisah dari alquran yang mana ramai manusia menyuruh Allah agar ditimpakan azab yang berkali ganda kepada golongan yang membawa mereka kepada neraka
Allah berfirman:
Masuklah kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) Neraka. Allah berfirman: Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui. Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): (Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami. (Allah berfirman): Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan.|Qs. al-a`araf: 38-39|Apakah kita mahu mengikut sikap ahli neraka yang menunjukkan yang ianya kesalahan orang lain apabila kita termasuk dalam kalangan yang tersilap/salah?Rugilah jika kita tidak memahami isu ini dengan jelas.Semoga Allah menunjukkan kepada kita jalan kepada kebaikan dan menjadikan kita cenderung kepada kebaikan dan memberikan kita kekuatan untuk beramal.
No comments:
Post a Comment