Friday, August 19, 2011

Jangan derhaka dengan Sultan, Ketua Ugama,

Pakatan Triniti derhaka dengan Sultan, Ketua Ugama





Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menegaskan mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini secara tidak langsung bermakna tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri.

Pengerusi Mais Datuk Mohd Adzib Isa menegaskan, ini kerana Jais tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor, sebaliknya agensi penguatkuasaan itu terletak di bawah kuasa Sultan Selangor.

“Sultan Selangor adalah ketua agama negeri Selangor dan dari segi strukturnya Mais terletak di bawah Sultan Selangor dan Jais terletak di bawah Mais.

“Jais adalah badan bebas… tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor dan Jais adalah pelaksana atau badan pentadbiran,” katanya.

Justeru beliau meminta semua pihak tidak mempertikaikan tindakan Jais yang melakukan pemeriksaan ke atas majlis malam malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Tindakan Jais itu bagaimanapun mendapat kritikan banyak pihak.

“Jangan pertikai tindakan Jais itu kerana Jais hanya melakukan perkara itu mengikut peraturan sedia ada.

“Kalau pertikai tindakan Jais macam pertikai kuasa Sultan Selangor dan kita perlu tahu hal ehwal agama Islam terletak di bawah kuasa Sultan Selangor tapi ramai yang tidak faham perkara ini,” kata Mohd Adzib.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Jais berkata, tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.

Terlebih dahulu dalam ucapan perasmian Seminar Mendaulatkan Islam-Agama Negara di Masjid Negeri di sini, Mohd Adzib berkata sebagai ketua agama Sultan Selangor mempunyai kuasa dalam soal hal ehwal agama Islam.

“Mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Selangor, Sultan Selangor adalah ketua agama Islam dan baginda mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam hal ehwal agama Islam.

“Penasihat utama baginda yang berfungsi sebagai penggubal dasar bagi hal ehwal agama Islam adalah Mais, justeru Mais bukan sekadar sebuah agensi kerajaan yang patuh dan tunduk kepada arahan-arahan pihak-pihak lain malah Mais adalah pihak berkuasa utama agama Islam selepas Sultan Selangor,” katanya di hadapan kira-kira 100 orang.

Tambah beliau: “Manakala Jais pula adalah jentera pelaksana kepada semua dasar dan polisi yang diputuskan Mais.”

Selain itu kata Mohd Adzib, semua pihak perlu memahami struktur pentadbiran agama Islam Selangor bagi mengelakkan salah faham.

Sementara itu panel seminar itu Ahli Lembaga Penyimpan Amanah Dewan Amal Islami (Damai), Mahamad Naser Disa juga mempertahankan tindakan Jais sambil menyifatkan kerajaan negeri tidak sewajarnya menyalahkan agensi penguatkuasaan itu.

“Jais bapa dia adalah Mais dan seterusnya Sultan Selangor dan Mais bebas daripada kerajaan negeri Selangor iaitu di bawah kuasa Sultan Selangor tapi Jais dihentam teruk,” katanya.

Dipetik dari MPP



SMS ini sampai ke handphone kami:

Pihak Gereja dan pendakwah Kristian sudah berani dan melampau!!!

Lihat berita tv3 baru tadi, pihak pendakwah kristian sudah melampau. Murid2 Melayu sekolah rendah dia ajar sejarah Jesus dan belajar menyanyi lagu2 kristian yg memuji Jesus di kelas tuition. Ramai murid Melayu terlibat sebenarnya tidak tahu apa2. Guru2 tebabit mesti dipecat.

Hari ini (Jumaat) Perkasa akan adakan demostrasi di Masjid Negara. Mohon semua umat Islam bersama sebaik sahaja selesai solat Jumaat. Semua Perkasa Negeri dan Daerah mohon buat sama.

Perkasa WP harap boleh bersama di Masjid Negara.


S/U Agung Perkasa.

Cc.Presiden, Tim. Presiden. Sebarkan SMS ini.

Rujukan : The Unspinners

No comments:

Post a Comment