Monday, August 22, 2011

Projek Blue Beam bhg. 2


Projek Blue Beam bhg. 2

Langkah pertama ia pasti melibatkan butiran dan berkait dari semua pengetahuan arkeologi. Ini berkaitan dengan pementasan untuk gempa bumi di lokasi tertentu yang sesuai di sekitar lokasi yang telah ditetapkan di atas bumi, dimana seharusnya "penemuan" baru ini akhirnya akan memperjelaskan sebenar-benarnya makna doktrin dan dasar dari seluruh dunia bahawa kewujudan agama-agama besar di dunia selama ini adalah salah dan sesat. " pemalsuan ini akan digunakan untuk mengaburi pemikiran seluruh dunia dan menyebabkan penduduk dunia percaya bahawa semua doktrin agama telah disalahfahami dan disalahertikan selama ini. Serangan pemalsuan ini bermula dengan filem 2001: A Space Odyssey, TV-siri Star Trek, filem STAR WARS, ET, semua yang berkaitan dengan ruangan "pencerobohan" dan"perlindungan". Jurassic Park, adalah untuk menggalakkan teori evolusi.

Langkah kedua berkaitan dengan ruang persembahan yang besar bersaiz raksaksa: hologram 3D optik dan suara, unjuran gambar hologram laser telah diletakan di beberapa tempat di setiap pelusuk dunia, dunia, masing-masing menerima gambar yang berbeza, sesuai dengan keyakinan agama yang telah ditetapkan di Negara masing-masing. Kemudian muncul paparan "dewa atau tuhan". Paparan ini akan berbicara dalam semua bahasa. Kesatuan soviet telah menghasilkan komputer canggih dan telah diprogram dengan zarah psikologi ia berdasarkan kajian mereka mengenai anatomi dan biologi tubuh manusia, serta pengajian mereka mengenai anatomi, kimia dan elektrik dari otak manusia . Komputer-komputer ini juga telah dimuatkan dengan input-input dengan bahasa yang berbeza dari serata dunia.

Langkah ketiga berkaitan dengan cara komunikasi elektronik dua-telepati, di mana ELF (Extra Low Frequency)VLF (Very Low Frequency), dan LF (Low Frequency) gelombang akan dipancarkan kepada orang-orang di bumi melalui dan meresapi bahagian di dalam otak mereka, membuat setiap orang percaya bahawa. Mereka sedang berinteraksi dengan tuhan sedangkan ia hanya illusi yang telah di setkan pada gelobang itu, sinar tersebut dipancarkan dari satelit, yang datanya dimasukan dari komputer yang menyimpan data yang sangat banyak mengenai manusia dan bahasa nya. Sinar ini kemudiannya akan diterjemahkan dan bersatu dengan pemikiran dalam proses untuk membentuk satu ilusi pada hati kita dan kita merasakan kita sedang berinteraksi. Ia juga seperti proses halusinasi secara terancang.

Langkah keempat melibatkan manifestasi supranatural universal menggunakan prasana elektronik. Langkah ini mengandungi tiga orientasi yang berbeza: Yang pertama adalah untuk membuat manusia percaya bahawa pencerobohan asing akan berlaku pada setiap bandar besar di bumi. Ini akan mendorong setiap negara besar yang memiliki senjata dan kemampuan nuklearnya untuk menyerang kembali. Dengan cara ini, ”mereka” akan menempatkan seluruh penduduk dunia di bawah satu kuasa pemerintahan dan PBB akan melakukan gencatan senjata palsu daripada serangan palsu yang diadakan tadi.

Yang kelima mereka ingin membuatkan orang kristian percaya bahawa perlantikan besar inilah yang termaktub didalam kitab meraka, ia terjadi dengan campur tangan asing hasil dari perintah tuhan yang mereka percayai baik dan datang untuk menyelamatkan orang baik dari serangan syaitan dan the false messiah. Tujuannya adalah untuk menyingkirkan semua bangkangkan dan spekulasi terhadap NEW WORLD ORDER. 

Orientasi keenam adalah dengan campuran dan kekuatan supra natural electronic. Gelombang (frekuensi) yang digunakan pada waktu itu yang akan membolehkan kekuatan ghaib untuk melakukan perjalanan melalui kabel serat optik, elektrik dan rangkaian telefon untuk menembusi semua peralatan elektronik dan peralatan yang ada pada saat itu semua mempunyai Microchip khas yang telah dipasang. Tujuannya ialah dengan langkah ini, ia dapat dikaitkan dengan kewujudan hantu syaitan, dan poltergeists di seluruh dunia dalam rangka mendorong semua penduduk akan membunuh diri, membunuh dan gangguan psikologi kekal. Setelah itu malam datang satu malam dimana ia dipanggil “Thousand Stars” malam ini dipercayai dipersiapkan untuk menyerapkan suatu input yang baru kepada penduduk dunia mengenaiTURUNNYA PENYELAMAT YANG BARU untuk membina semula KEAMANAN DAN KEBEBASAN.

No comments:

Post a Comment