Monday, August 22, 2011

Ya`juj wa Ma`juj


Ya`juj wa Ma`juj

Fenomena mengenai Tembok (dinding pemisah) ya’juj-Ma’juj mempunyai pelbagai hujah dan pandangan dari pelbagai pihak serta beraneka ragam teori yang di kemukan, walaubagaimana pun ia sangat baik sebagai bahan renungan (befikir), iaitu untuk mengingat kandungan Al Qur’an. Kebenaran Al Qur’an memang tidak dapat diragukan, tetapi setiap manusia berkewajiban untuk memikirkan (pembuktian) kandungan Al Qur’an sebagai zikir (mengingati) kebesaran Allah. Hanya orang yang mahu mengunakan akalnya adalah sangat beruntung. Tetapi kekuatan daya pemiikiran manusia terbatas, selama tujuan menyingkap fenomena alam untuk mengingat keAgungan Allah dan memikirkan tanda-tanda kekuasaanNYa, InsyaAllah hidayah dan keampunan akan bersama-sama dengan kita.

Tembok Ya’juj & Ma’juj terbuka

Berdasarkan keterangan Surah al-Kahfi:92-98, fakta relevan mengenali Ya’juj & Ma’juj ialah:
  1. Negeri Ya’juj & Ma’juj = Khazaria & Russia (Gog is the Anglo-American-Israeli alliance and Magog is Russia)
  2. Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia
  3. Di antara dua gunung = Gunung Caucasus
  4. Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia
  5. Tembok besi = Daryal Gorge/Iberian Gates/Caucasian Gates
dan anda semua boleh merujuk buku bagi memahami maksud “tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj”. Tembok tersebut dipanggil sebagai Daryal Gorge / Iberian Gates / Caucasian Gates, iaitu tembok yang dibuat dari besi bercampur tembaga.

Setelah membuka Google Earth dan mencari Daryal Gorge,
saya menemui lokasi seperti :

pandangan jarak jauh……

Setelah mencari ” Darial Gorge ” menggunakan carian Google Earth saya menjumpai koordinat 42°44′41.00″N 44°37′21.00″E, iaitu terletak di sempadan “Sempadan Georgea dan Rusia”. Kebenaran (letak Ya’juj dan Ma’juj) ini Wallahu’alam..


Setelah didekatkan……

Dari pada gambarajah ini, jangan lupa dengan dengan carian Google Earth dengan memasukan lat, long: 42°44′41.00″N 44°37′21.00″E, jika kita dapat ke lokasi tempat itu pastinya ia akan nampak lebih menarik, kelihatan seperti ada bongkahan-bongkahan besi.

No comments:

Post a Comment