Gendang perang sudah dipalu! Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mengumumkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13 boleh diumumkan pada bila-bila masa dari sekarang, tanpa perlu menunggu Jawatankuasa Khas Parlimen selesai memtransformasikan sistem pilihanraya negara.
Nampaknya gegak gempitalah puak-puak Pakatan Haram yang tidak puas hati dengan pengumuman Najib itu. Mereka sebelum ini memberikan syarat kepada Kerajaan supaya tidak melangsungkan PRU ke-13 selagi Jawatankuasa itu tidak selesaikan masalah yang ada pada sistem pilihanraya yang dikendalikan SPR.
Saya percaya, Najib akan dikecam dengan pelbagai kata nista dan sebagainya selepas ini. Namun, rasionalnya sudah Najib sediakan. Ramuannya cukup pedas untuk memerah padamkan muka dan menyebabkan telinga puak-puak Pakatan berasap.
Najib sudah katakan sebelum ini. Barisan Nasional, Najib, dan seluruh jemaah menteri sendiri pun akan rasa cukup terhina sekiranya BN menang dengan cara yang tidak bersih dan menggunakan tipudaya kotor. BN sendiri pun tak suka apabila SPR “memenangkan” Pakatan Haram di 4 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan pada PRU 12 dahulu.
BN sendiri tahu bahawa sistem SPR perlu dibaik pulih dan sebab itulah Jawatankuasa itu ditubuhkan. Jawatankuasa itu ditubuhkan bukan kerana tunduk pada desakan parti pembangkang. Tapi ia ditubuhkan sebab BN berpendapat, ia perlu ditubuhkan. Itu rasionalnya dan tak payah diputar belitkan lagi.
Komen-komen di “Yahudikini” penuh dengan caci maki kepada Perdana Menteri. Macam-macam ditohmahnya Najib. Terpaksa pula saya hentam balik di ruangan berita yang sengaja di”spin”kan oleh portal pembangkang itu.
Sebelum ini, semua negeri di bawah jajahan Pakatan Haram sudah mengumumkan bahawa mereka sudah bersedia untuk menghadapi PRU ke-13. Ketua Pembangkang yang air maninya dalam dubur Saiful pun sebelum ini dengan bangganya mengumumkan Pakatan Haramnya itu sudah bersedia menghadapi PRU ke-13. Mereka sedia menggempur BN, begitulah kononnya kata mereka.
Tapi, bila Najib umumkan bahawa tarikh PRU ke-13 boleh diumumkan pada bila-bila masa dari sekarang, mengapa mereka nak marah pulak?
Saya melihat, tiada sebab untuk mereka melenting kepada Najib. SPR sebelum ini “memenangkan” mereka di beberapa buah negeri BN, termasuk Selangor yang menjadi kubu kuat BN sebelum ini. Dua buah negeri asal bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dan Tun Dolah, iaitu Kedah dan Pulau Pinang, jatuh ke tangan mereka. Malah majoriti 2/3 BN pun “dinafikan” oleh SPR.
Jadi, dimana yang tidak telusnya lagi? Agen pemerhati mereka pun ada di setiap pusat undi! Agen mereka tidur, tak buat kerja dan makan elaun buta, kah? Sayugia saya ingin ingatkan. BN pun bukannya kuat sangat untuk menghadapi PRU ke-13, namun insyaAllah, dengan berkat doa orang BN yang teraniaya dan difitnah siang dan malam, BN akan kembali mendapatkan majoriti 2/3 itu!
P/S-Kita Doa sama2 kebenaran di Bumi Malaysia.. Salam Perjuangan.
Sumber : MYKMU
No comments:
Post a Comment