Perlembagaan Negara telah memberikan kebebasan beragama untuk setiap warganegara. Namun ada peruntukan yang melarang kegiatan dakwah bukan Islam pada umat Islam. Dalam erti kata lain sudah ada peruntukan untuk menghalang murtad dikalangan umat Islam. Kejadian yang berlaku di Damansara Utama Methodist Church telah mendedahkan bahawa undang-undang negara telah dilanggari. Pihak Gereja telah menjalankan aktiviti dakwah pada umat Islam dengan niat untuk memurtadkan mereka.
Hal ini bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan, malahan secara terang-terangan hak umat Islam untuk tidak diganggu oleh aktiviti dakwah Kristian telah dilanggari. Rata-rata umat Islam di Malaysia amat kecewa dengan apa yang berlaku. Umat Islam tidak pernah menggangu kaum bukan Islam, tapi kenapa mereka terus menerus tidak menghormati umat Islam malah undang-undang negara ini.
Apa yang berlaku adalah rentetan dari isu-isu yang berlaku sebelum ini. Kesungguhan pihak Gereja untuk menggunakan Kalimah Allah didalam penerbitan Bible berbahasa Melayu mereka amat menimbulkan syak wasangka. Ini kerana rata-rata kaum bukan melayu di Malaysia lebih berminat untuk berbahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu. Lihat sahaja disektor swasta, Bahasa Inggeris adalah bahasa pilihan dari pertuturan sampai persuratan. Kalau dikira kos, pihak Gereja sudah semestinya dapat penjimatan yang tinggi kerana tidak perlu bersusah payah hendak menterjemah Bible kepada Bahasa Melayu. Malahan mereka juga tidak perlu mengeluarkan kos untuk memfailkan tuntutan Kalimah Allah dimahkamah kerana mahu mengimport Bible terjemahan dari Indonesia.
Beberapa persoalan lagi timbul dari isu ini. Antara yang utama ialah: Adakah Gereja mendapat insentif yang lebih besar jika dapat memurtadkan umat Islam berbanding penganut agama lain? Adakah Gereja masih lagi menjalankan doktrin pendakwahan yang hebat pada umat Islam yang gagal dilaksanakan semasa penaklukan Melaka pada 1511 dahulu? Jika tidak masakan mereka seringkali mencabar kedaulatan dan kesucian Islam di Malaysia, hingga sanggup melanggar undang-undang.
Beberapa kejadian pertembungan dengan pendakwah kristian pernah saya alami sendiri tetapi diluar negara. Antara yang paling serius adalah pada ketika itu saya sedang bersiar-siar disebuah pusat membeli-belah. Tiba-tiba dengan spontan datang seorang lelaki yang menegur dengan muka yang manis. Katanya “awak tak kenal saya kah?” sudah tentu saya kata tidak kenal. Lepas tu dia memperkenalkan dirinya sebagai seorang Pastor, dan digerejanya mempunyai ramai penganut kristian yang berasal dari Filipina. Dengan ikhlas saya kata saya bukan Kristian. Lalu ditanya olehnya ugama apakah saya ini, saya jawap Islam. Setelah mendengar Islam, Pastor tersebut lebih teruja. Antaranya dia menekankan bahawa Islam dan Kristian itu mempunyai persamaan yang banyak, kedua ugama percaya pada Jesus yang panggi Isa didalam Islam.
Oleh yang demikian pastor tersebut mengajak saya membuat pengakuan sambil berdoa kepada Jesus. Terus terang saya katakan bahawa saya tidak akan berbuat demikian kerana ia bersalahan dengan keimanan saya sebagai seorang Islam. Namun dia terus menerus memujuk dengan pelbagai alasan. Namun bila berulang kali saya katakan saya menghormati kepercayaan dia pada Jesus dan agamanya, saya turut menyatakan agar dia juga turut menghormati kepercayaan saya pada Islam untuk tidak berdoa seperti mana dia lalukan, akhirnya dia pun minta diri. Semua sekali dekat sejam lebih interaksi spontan itu berlaku dengan masing-masing dalam keadaan berdiri. Kejadian yang hampir sama turut dialami oleh rakan-rakan yang berketurunan Arab, Pakistan dan Bangladesh. Apa yang dapat saya katakan ialah mereka pendakwah kristian ini mempunyai motivasi yang cukup tinggi untuk memurtad umat Islam, kalau tidak berjaya dibaptiskan pun, cukup sekadar dapat mengajak kita melakukan pengakuan (confesion) atas nama Jesus. Perkara yang semudah itu sebenarnya sudah cukup untuk menjadi syirik kepada Allah.
Bagi umat Islam, Allah telah mengingatkan bahawa kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan redha pada umat Islam sehinggalah umat Islam mengamalkan cara hidup mereka. Atas dasar inilah adanya peruntukan undang-undang anti murtad di Malaysia ini. Kita tiada kuasa menghalang hal ini berlaku dinegara-negara lain, tetapi jika dinegara sendiri pun kita gagal mempertahankan aqidah kita, apa lagi yang boleh dipertahankan.
No comments:
Post a Comment