Wednesday, August 24, 2011

Tanggungjawab kita pada penganut agama lain


Satu kisah

Di sebuah kampung,sepasang rakan karib yang berlainan agama. Mereka ialah ahmad dan ah chong. Hubungan antara mereka tersangatla rapat. ah chong selalu ke rumah ahmad. Belajar sama-sama..makan sama-sama.. Bila ada kenduri-kendara kat rumah ahmad pasti akan ada kelibat ah chong,manakala ahmad akan ke rumah ah chong pada sambutan hari jadi ah chong sahaja. maklum la rumah ah chong ada anjing besar berwarna hitam. Ibu bapa ahmad sangat senang dengan hubungan mereka,begitu juga keluarga ah chong. Persahabatan mereka terputus buat sementara waktu bilamana ahmad kena sambung belajar ke ipta manakala ah chong belajar di luar negara iaitu amerika.Time tu zaman IT tak popular lagi,tiada facebook dan twitter,yang ada hanyalah poskad. Lelaki biasalah beb.. tak layan sangat poskad-poskad ni. Di luar negara ah chong bertemu dengan golongan pendakwah islam,ah chong selalu mengikuti ceramah-ceramah agama.

Suatu pagi ahmad terserempak dengan keluarga ah chong,di kesempatan itu ahmad bertanyakan khabar ah chong.

"Sekarang nama dia bukan ah chong,nama baru dia ialah Mohd Salleh" akak ah chong bersuara.

Ahmad mengucapkan kata syukur. "Subahanallah sahabat ku mendapat hidayah.." semenjak hari itu ahmad menanti kepulangan sahabatnya. Hari yang dinantikan telah tiba,ahmah berkesempatan ke rumah sahabatnya. Keluarga sahabatnya meraikan kedatangan istimewa sempena menyambut kepulangannya dari luar negara.

Dari jauh ahmad dapat melihat wajah sahabatnya.. wajah sahabatnya di tenung dari jauh.. "sudah berubah wajahmu wahai sahabat.. wajahmu redup.. ketenangan jelas terpancar pada wajahmu" ahmad bermonolog.






Assalamualaikum... itu la ucapan pertama yang diluahkan oleh sahabatnya.. ahmad menyambut salam sahabatnya dan terus memeluk erat sahabat yang selama ini di tunggu-tunggu kepulangannya. Airmata deras berguguran antara mereka,menangis bagaikan pasangan kekasih bertemu semula.. Ahmad teresak-esak..ahmad menangis bukan kerana apa.. ahmad menangis kerana keislaman sahabat baiknya.
Salleh menarik tangan ahmad,pergi jauh dari majlis keramaian halaman rumah. Di tepi jalan bertemankan lampu neon salleh bertanya sesuatu pada ahmad. "ahmad kau kawan baik aku kan? betul tak? kalau kau kawan aku kenapa kau biarkan aku terseksa?!".. "kau cakap apa ni salleh? aku tak faham" ahmad terkejut dengan pertanyaan sallleh. Salleh menyambung lagi.. "cuba kau ingat balik dan fikir baik-baik,Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapa kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke amerika baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ini?


Ahmad hanya terdiam, Salleh menambah lagi.. "Kalau betullah kau kawan baik aku,kenapa kau nak berkawan dengan aku kat dunia saja.. sanggup kau biarkan aku terseksa di neraka.. kawan jenis apa kau ni? sanggup kau tengok aku dibakar api neraka?!" Salleh menambah lagi.. "ahmad,kalau saja aku tak sempat memeluk agama islam hingga mati,aku akan dakwa semua bangsa melayu di kampung kita ini sebab tak sampaikan dakwah islam padaku!" Salleh menambah lagi... "kau seharusnya bersyukur sebab diberikan nikmat dilahirkan dari rahim seorang muslimah,tapi,tahukah kau apa tugas sebenar kau dilahirkan dari keluarga islam? sebenarnya kau ditugaskan untuk menyampaikan risalah islam pada orang yang dilahirkan dari agama lain selain islam,seperti aku."

"Kau kena sedar,selagi kau belum berdakwah jangan kau fikir kau bersyukur pada ALLAH,kerana selain jihad berdakwah adalah tugas utama muslim sebagai pewaris Nabi menyampaikan risalah islam. Lagi satu.. jangan kau cop orang-orang yang bukan islam itu sebagai kafir..! kerana kafir itu beerti ingkar dengan suruhan ALLAH.. kalau kau dah sampaikan dakwah pada orang bukan islam dan mereka mengetahui kebenarannya tapi still menafikannya dan berpaling barulah kau boleh panggil kafir, apa bezanya orang islam dengan kafir yang mengetahui wajibnya menunaikan solat fardhu tapi tak menjaga solat 5waktunya?

No comments:

Post a Comment