Bukti DAP memang Anti-ISLAM!
Agama Islam merupakan agama yang sering disalahertikan bukan sahaja dalam dunia masa kini bahkan sejak zaman berzaman lagi. Konsep Islam itu bukan sahaja disalahertikan oleh orang bukan islam bahkan oleh orang islam itu sendiri. Islam tidak mengajar umatnya untuk berkasar sesama manusia baik yang beragama Islam mahupun yang tidak beragama Islam. Hal ini dapat diperhatikan dalam firman Allah yang bermaksud:
�berbicaralah kepada masyarakat dengan cara yang lembut dan baik�
(Surah Al-Baqarah: ayat 83)
yang mana telah ditafsirkan oleh Imam Hassan Askari as (cucu keturunan Rasulullah saw) sebagai:
�Wahai semua manusia, baik mukmin atau kafir, bertuturlah dengan baik. Jika kalian berbicara sesama mukmin, kalian haruslah bermanis muka. Jika kalian sedang berbicara dengan orang kafir, bersikaplah toleransi agar mereka tertarik, kepada ajaran Islam.�
Di dalam Islam terdapatnya konsep keamanan dan konsep keamanan ini adalah suatu perkara yang subjektif dan ia sebenarnya membawa makna yang amat meluas mengikut kefahaman seseorang individu tersebut. Di dalam Agama Islam, perkataan keamanan membawa erti keadaan dimana bukannya sekadar tiada berlakunya peperangan sahaja. Keamanan itu akan wujud apabila keadaan di mana tidak ada berlakunya penindasan dan tirani (corak pemerintahan yang zalim). Bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
�Dan perangilah kerana (menegak dan mempertahankan) agama Allah akan orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan) kerana sesungguhnya, Allah tidak suka orang yang menceroboh.�
(Surah Al-Baqarah: ayat 190)
Islam telah menjelaskan bahawa keamanan yang tulen hanya dapat menjadi realiti apabila keadilan dapat ditegakkan di muka bumi Allah ini. Dalam konteks dunia masa kini, persaingan senjata sebenarnya telah mencetuskan ketidakadilan yang memungkinkan peperangan akan berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.
Kita sendiri dapat melihat bagaimana Islam telah dengan mudahnya diperkotak-katik, diganyang, dan diperlakukan sewenang-wenangnya mengikut hawa nafsu manusia yang rakus, manusia yang benci dengan kebangkitan Islam. Ditambah pula dengan salah faham tentang Islam itu sendiri hatta oleh orang Islam sendiri. Janganlah kita menjadi seorang muslim yang mendatangkan fitnah pada Islam itu sendiri. Salah faham ini pula telah dibantu oleh anasir media massa seperti yang kita dapat lihat sekarang. Memang benarlah sabda Rasulullah saw bahawa :
��Islam ini asalnya ghuraba' (dagang) dan akan kembali dagang.�
(Riwayat Muslim)
Kita lihat sahaja di mana-mana pun, siapa yang mahu mengamalkan Islam akan mengahadapi pelbagai perkara. Bagi yang hendak memakai tudung, orang kata pengganas, fundamental dan bermacam lagi. Islam tidak mewajibkan perang semata-mata kerana ingin atau suka berperang. Selain itu, Islam adalah agama yang tidak menghalalkan perang kerana tujuan penaklukan dan penguasaan. Sebaliknya, perang dalam Islam bermula daripada sikap mempertahankan diri. Sepertimana firman Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud:
�Oleh itu, sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu, maka balaslah pencerobohannya itu, seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu.�
(Al-Baqarah: ayat 194)
Inilah prinsip yang dipegang oleh negara Islam dan menjadi amalan pemimpin agung Islam sejak dahulu lagi. Keamanan dunia mustahil untuk dicapai jika penindasan dan ketidakadilan berlaku mengikut kepentingan sesebuah negara yang membelakangkan semangat multilateral. Setiap negara berdaulat adalah suatu entiti terpenting dalam sistem hubungan antarabangsa. Mereka memiliki hak dan tanggungjawab untuk menjaga keamanan dunia melalui prinsip keselamatan bersama yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sehubungan itu, mekanisme perantaraan yang mengimbangi hubungan antarabangsa amat perlu dikekalkan, sama ada melalui keseimbangan kuasa-kuasa besar atau melalui mandat yang diberi kepada satu pertubuhan antarabangsa yang bertanggungjawab mengekalkan keamanan dunia seperti PBB.
Islam mewajibkan umatnya dan negara Islam untuk menjaga keamanan, kemerdekaan dan perpaduan negara. Kewajipan ini diperkuatkan dengan firman Allah yang bermaksud:
�Dan jika ada dua puak daripada orang beriman yang berperang, maka damaikanlah di antara kedua-duanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara kedua-duanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah), dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.�
Jika Anda Membenci Islam Tapi Tolong Hormati Sensitiviti Ketua Agama Islam , Orang Islam dan penduduk Islam.. Salam Perjuangan..
No comments:
Post a Comment