Thursday, August 11, 2011

Wanita : Video Tutorial Tudung Hanya Buat Dosa

Wanita : Video Tutorial Tudung Hanya Buat Dosa




Saya nak ajar pakai shawl ala-ala Jennifer Lopez, ha? Tak nak? Ok, cara pakai shawl ala-ala Dafi, amacam ok tak? Boleh lah yeeekk? Mula-mula, kita pakai inner, bukan inner shine, itu untuk muka, tapi ini inner untuk kepala. Baik punyeerr. Cantik tak, cantik tak?

Berlambak video-video yang memberi tunjuk ajar tentang pemakaian tudung. Namun, sayang, mereka hanya membuat dosa sahaja dengan membuat video sedemikian rupa. Sorry to say, itulah realitinya!

Hampir kebanyakkan video tutorial di Youtube, tak sampai 10 saat pejuangmelaka tengok, terus pindah ke video lain. Apa sebenarnya motif tengok video tutorial ni? Untuk satu kepastian, macam mana mereka buat tutorial di samping menjaga aurat mereka?

Ya, kalau sudah cakap 10 saat pun tidak sampai, maka anda faham maksud yang saya cuba sampaikan. Saya cuba mencari video-video yang menjaga aurat mereka ketika buat tutorial, namun, memang stop tak sampai 10 saat!

Apa yang dapat?

Leher terdedah – ini yang paling banyak sekali.
Menampakkan dada – seram…
Paling teruk, start tutorial dah nampak rambut!
Yang ni lagi sadis, cantik, elok tutorialnya, tapi baju lengan pendek?
Ya, semua tertutup, tapi style membalut.
Owh ~ Tak boleh lepas, Tabarruj Jahiliah.
Yang ni pejuangmelaka nak gelak ~ buat suara ala-ala comey, nak menarik perhatian, dah jadi aurat terus dik.
Susah kan buat tutorial ni? Kadang-kadang terfikir, berbaloikah buat tutorial tu kalau macam point-point di atas? Satu dosa yang percuma yang dia dapat.

Tudung ni untuk apa? Menutup aurat, atau hanya sekadar menarik perhatian lelaki yang ala-ala soleh? Sesuatu yang merisaukan, apabila bertudung sudah cukup menutup aurat.

Fikirlah kewajipan menutup aurat terlebih dahulu, baru berfikir untuk berfesyen. pejuangmelaka tahu, ada yang berkata, biarlah mereka bertudung untuk nampak cantik, bertudung juga, menutup aurat juga.

“Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya” (HR Bukhari & Muslim)

Maknanya, apa yang kita niatkan, itulah yang kita dapat. Apabila kita niat sekadar untuk cantik, dengan izin-Nya, kecantikanlah yang kita dapat, maka kita melupakan etika-etika menutup aurat. Sebab itu jangan hairan jika banyak yang bertudung tetapi ada spoil, tidak kira apa yang kurangnya.

Namun jika niat kerana keredhaan Allah, segala perkara yang dilakukan pasti dilakukan dengan berhati-hati, demi menjaga etika diri yang tertutup itu.

Yang buat tutorial tu, bukan tidak boleh, tapi, berfikirlah, tutorial yang dilakukan tu menutup apa yang patut, atau sekadar menarik perhatian orang. Fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment