Friday, September 9, 2011

JAWAPAN DATUK SERI NAJIB PERKHIDMATAN PRABAYAR NAIK 6%

JAWAPAN DATUK SERI NAJIBPERKHIDMATAN PRABAYAR NAIK 6%

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan 6.0 peratus ke atas produk tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas dari pengguna.Menurutnya,fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.

"Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas dari orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan logo baru Maybank di Menara Maybank di ibunegara Hari ini.


Bernama Melaporkan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.

"Kita tidak pernah luluskan,keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri," katanya.

Perdana Menteri,yang juga menteri kewangan,mengulas satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi hari ini yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan.Menurut kenyataan itu,cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.

Menurutnya,dengan cukai perkhidmatan 6 peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.Sementara itu,Maybank melancarkan logo baru yang menampilkan ikon Harimau Malaya dengan lebih jelas selari dengan matlamat Maybank yang mahu berkembang sebagai syarikat perbankan bertaraf global.


Thanks to Najib

Najib (centre) raised service tax to six per cent during the previous Budget announcement



KUALA LUMPUR, Sept 9 — Datuk Seri Najib Razak has called on telecommunication companies to rethink their move to impose a six per cent service tax on all prepaid sales, calling the levy “difficult to accept” given rising cost of living.

The prime minister said the tax on all mobile prepaid starter pack and reloads had come at a time when the government was doing its best to reduce the burden after months of surging inflation.

“The reaction and feedback from the public is that the move by telcos... is unpopular and difficult to accept.

“So I hope that the telcos will review this move as we are trying to reduce the burden on the people who have to bear the rising cost of goods,” he told reporters this evening.

He also denied that the telcos have sought finance ministry approval as “the decision was made by the telcos themselves.”

The six per cent tax was announced yesterday in a joint statement by the telecommunication players, who insisted that it was not a new tax but had been absorbed by telcos since it was introduced in 1998.

But NGOs and politicians have criticised the increase given that telcos are recording billion-ringgit profits despite economic uncertainty hitting other sectors and the general public.

Inflation has remained at a two-year high of over three per cent since March as the Najib administration moved to slash subsidies to essential items such as fuel, electricity and sugar.

Putrajaya has insisted it was forced to make the cuts to a subsidy bill that would otherwise double to RM21 billion this year as it also seeks to rein in a budget deficit that ballooned to a two-decade high of seven per cent in 2009.

No comments:

Post a Comment