Gani Patail, Nazri Aziz dan Hishamuddin Siapa Yang Slow ?
Tindakan lembab Peguam Negara (AG) terus dipersoalkan, ekoran lembab membuat pendakwaan terhadap kes-kes yang telah selesai proses penyiasatannya menyebabkan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein terus dicemuh, dicerca dan dihina oleh kumpulan blogger pro-kerajaan sendiri.
Ada yang kata lembab, ada yang kata 'pondan', ada juga yang menulis seolah-olah ingin menjatuhkan reputasi dan imej Menteri Dalam Negeri. Semuanya gara-gara kebengongan Peguam Negara membawa pesalah kes-kes tertentu ke mahkamah.
Tapi yang 'anehnya' dua individu yang mempunyai bidang kuasa tidak pula dipersoalkan oleh blogger-blogger tertentu, adakah mereka tidak tahu bidang kuasa diantara Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri?
Adakah wujud kepentingan politik tertentu yang menyebabkan kementerian terbabit lembab dalam membuat tindakan?
Ataupun kementerian tertentu memang 'tiada telur' untuk mengenakan sebarang tindakan terhadap mana-mana pemimpin pembangkang?
Kita dapat melihat apabila desakan supaya pasport Anwar Ibrahim ditahan pun pihak Peguam Negara tidak mampu berbuat apa-apa? Sedangkan jika rakyat biasa yang terlibat dan ada kes di mahkamah tanpa banyak bicara pasport mereka ditahan dan dilarang keluar dari negara ini.
Tulisan otai Rafee Awang Kechik menarik untuk diberikan perhatian, berikut apa yang dicoretkan melalui blog beliau Sanggah Tok Janggut :
MAKIN banyak kekeliruan timbul apabila pejabat Peguam Negara terus berdiam diri untuk tidak mengambil tindakan ke atas beberapa siasatan polis yang telah selesai dan telahpun diserahkan untuk tindakan susulan dan kerana kegagalan Peguam Negara bertindak,kesan buruknya adalah ditanggung oleh Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.
Sudah ada yang mula menuding jari bahawa Pejabat Peguam Negaralah yang menjadi punca kerajaan,KDN dan juga polis dicemuh ekoran kelembaban mereka mengambil tindakan membawa pesalah yang sudah pun disoalasiasat dan sempurna kertas siasatannya oleh polis ke muka pengadilan.
Isu laporan palsu Anwar tentang video seks bilamana tiga Dato T telahpun dijatuhkan hukuman,,pelanggaran perintah mahkamah oleh peserta himpunan Bersih,maki hamun Zuraidah MP Ampang terhadap mahkamah,cetakan palsu yang menggunakan Utusan Malaysia dalam isu cincin oleh Badrul Hisham dan banyak lagi kes-kes yang memerlukan tindakan segera daripada pejabat Peguam Negara namun sehingga hari ini tidak ada satu pun tindakan susulan termasuklah menghadapkan Anwar dan pembangkang yang menghina mahkamah serta institusi kehakiman dalam setiap ceramah-ceramah mereka.
Berbeza tindakan pejabat Peguam Negara apabila kes-kes melibatkan UMNO seperti apa yang berlaku terhadap Khir Toyo, demonstrasi kepala lembu, bekas MP Labuan dan beberapa kes-kes lain lagi dan jelas begitu efisen Peguam Negara bertindak dengan menghadapkan mereka ini ke mahkamah namun dalam masa yang sama bila melibatkan kepimpinan pembangkang, pejabat Peguam Negara menjadi seperti tikus jatuh ke beras malah untuk menahan passport antarabangsa Anwar pun mereka tidak berani.
Semua kes yang telah pun disiasat oleh polis tergantung tanpa sebarang tindakan ataupun kenyataan lanjut daripada pejabat Peguam Negara dan lantaran itulah polis ataupun Kementerian Dalam Negeri dituding sebagai tidak bertanggungjawab,bacul dan sebagainya malah lebih malang lagi bila Menterinya pula dicerca semaunya oleh rakyat dengan berbagai-bagai perkataan dan celaan.
Malang datang bertimpa-timpa terhadap Menteri Dalam Negeri dan polis apabila sebahagian besar rakyat mula mempersoalkan kemampuan memimpin dan menguatkuasakan undang-undang.Hishamuddin dituding sebagai pemimpin yang lemah dalam zamannya hingga jenayah politik berleluasa.
Atau adakah ada kes-kes tertentu dihalang oleh pihak-pihak tertentu di peringkat KDN ataupun Jabatan Perdana Menteri untuk tidak dimajukan kepada pejabat peguam Negara atas kepentingan tertentu seperti mahu menjaga undi ataupun sokongan yang dibimbangi akan hilang sekiranya ada tindakan-tindakan susulan?
Kita kena sedar juga bahawa Peguam Negara tidak boleh meminta untuk dimajukan kertas siasatan yang telah siap itu kerana ianya akan dilihat cuba menganggugugat kepentingan kementerian lain dan sekiranya ada halangan-halangan di pihak Kemneterian dalam negeri ataupun Jabatan perdana Menteri, maka kes-kes yang berprofil tinggi itu akan terperap hingga ke satu tarikh yang mereka sendiri pun tidak tahu bila masa untuk didakwa.
Kebanyakan rakyat mungkin menganggap pejabat Peguam Negara di bawah kementerian yang sama iaitu Kementerian Dalam Negeri tetapi sebenarnya pejabat Peguam Negara tertakluk dibawah Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggungjawabkan kepada Nazri Aziz dan sebab itulah berlaku kepincangan dalam soal menyiasat dan mendakwa ini kerana bidangkuasa Peguam Negara tidak perlu tunduk kepada hasil siasatan polis seandainya kertas siasatan tidak dimajukannya.
Rakyat mula mempersoalkan peranan undang-undang hingga ada yang berani mengandaikan bahawa undang-undang kita terlalu takut untuk menghukum Anwar Ibrahim bilamana Ketua Pembangkang ini sewenang-wenangnya mencerca undang-undang Negara. Sebagai yang mengawal undang-undang, kelemahan ketara dirasai terhadap kepimpinan Peguam Negara hari ini.
Benar Anwar sedang dihadapkan di mahkamah tetapi adakah dibenarkan oleh undant-undang untuk beliau mencerca undangt-undang lain dan melakukan kesalahan berulang kali untuk kes-kes yang berlainan.Kumpulan pembangkang ini mencatur undang-undang mengikut kehendak dan aspirasi mereka tanpa mempedulikan kesan jangka panjang.
Pertembungan kepentingan politik dan penguatkuasaan undang-undang menjadikan Negara berada dalam kancah identiti yang berbeza-beza malah rakyat tidak boleh disalahkan apabila sudah ada yang menuding jari bahawa masanya sudah sampai untuk Peguam Negara berundur diri daripada kerusinya bagi membolehkan satu transformasi undang-undang dilakukan yang membabitkan tanggungjawab serta keberkesanannya.
No comments:
Post a Comment