Sunday, September 11, 2011

Malaysia Menghampiri Kawasan Gempa


Malaysia Menghampiri Kawasan Gempa Kerana Golongan Perwaris Nabi-nabi Semakin Berkurangan???



Kini apabila negara-negara jiran dilanda gempa bumi, negara kita juga semakin kerap merasai gegarannya.

Semasa penulis kecik-kecik dahulu orang-orang tua selalu berkata, Malaysia terselamat dari gempa bumi, gunung berapi dan lain-lain malapetaka kerana di bumi ini masih ramai wali Allah dan ulamak pewaris para nabi. Walaupun tiada nas yang jelas tentang perkara ini, begitulah hormatnya orang-orang tua dahulu kepada golongan wali dan ulamak...

Ini kerana selain mengajar agama golongan ini selalunya menjadi pembimbing dan pemangkin di dalam menyatu-padukan umat Islam.

Tetapi seirng perubahan masa, kini semuanya telah berubah... Jika dahulu gempa bumi begitu asing kepada kita kini tsunami pun pernah menyapa bumi bertuah ini...

Adakah ini bermaksud golongan wali dan ulamak telah semakin berkurangan sehingga rahmat dan perlindungan Allah s.w.t . terhadap bumi dan penghuni bumiyang kita huni ini kini juga semakin terdedah kepada malapetaka?

Pastinya golongan alim dan ilmuan agama wajar memenuhi kekosongan ini dan memainkan peranan mereka untuk menyatu-padukan umat Islam/Melayu. Negara memerlukan ulamak jantan yang boleh berperanan dan bukannya hanya bersuara demi populariti dan kepentingan diri.

No comments:

Post a Comment