Relakah Kita Jika Satu Lagi Pasukan Pengurusan Melayu Bakal Lenyap Menjelang 2013?
Cerita ini mengatakan bahawa kontrak pajakan Northport Corporation Bhd dengan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) bakal tamat pada 2013.
Perlu diimbas kembali, bahawa Northport adalah hasil gabungan Klang Container Terminal (KCT) dengan Klang Port Management (KPM). Dalam pada itu, perlu diimbas kembali bahawa KCT adalah entiti pertama yang diswastakan, melalui pengenalan konsep penswastaan yang diilham oleh Tun Dr Mahathir.
Berbalik kepada hal tempoh kontrak pajakan yang bakal berakhir, timbul soksek yang mengatakan MMC juga berminat untuk mengambil tempat Northport, disamping PNB sendiri sebagai pemegang saham utama Northport yang semestinya ingin meneruskan pengurusan mereka.
Dalam pada itu, ada cerita yang tak sedap timbul yang kononnya kata dua telah diberikan kepada kerajaan oleh salah sebuah parti komponen BN yang khabarnya turut berminat. Alasannya, Gnanalingam mengurus Westport, manakala PTP diurus Syed Mokhtar. Jadi mereka mahu mereka juga diberi peluang.
Kalau benar hal ini telah menimbulkan kekecohan, rasanya molek benar kalau LPK mengambil semula pengurusan pelabuhan, atau PNB diberikan hak semula melalui Northport. Jika tiada sebarang kecacatan dan kelemahan yang ditunjukkan oleh Northport, rasanya tidak salah untuk memanjangkan pajakan.
No comments:
Post a Comment