Tuesday, September 13, 2011

UMNO Sila Fikir Sejenak


KERAJAAN UMNO-BN SENDIRI MEMANG PENYOKONG PAKATAN RAKYAT



Sekarang semua pakat duk cerita tentang UMNO perlu merampas beberapa negeri. Kebanyakan pembesar-pembesar UMNO dari atas sampailah ke peringkat AJK bercerita tentang keazaman dan iltizam untuk memenangi PRU13.

Maka diungkit-ungkitlah segala jasa UMNO, segala jasa pejuang-pejuang kemerdekaan, segala kejayaan UMNO selama diberikan tanggungjawab mentadbir negara, hebatnya para pemimpin UMNO dan pelbagai cerita lain yang indah-indah tentang UMNO kepada rakyat marhaein.

Namun pada masa yang sama, GLC dan syarikat-syarikat korporat yang bersahamkan UMNO sebenarnya tidak pernah menyokong kaum marhein UMNO sebaliknya lebih gila dengan rating dan ranking sehinggakan segala iklan mereka tanpa segan silu dihamburkan kepada portal-portal yang sah-sah berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Perhatikan bagaimana MAS dan Air Asia menyedekahkan duit iklan mereka kepada Malaysiakini, Malaysian Insider dan beberapa akhbar yang lain. Perhatikan juga bagaimana UEM-Sunrise yang begitu seronok membayar dan mengupah untuk tujuan promosi untuk puak-puak tersebut. Dan perhatikan juga bagaimana beberapa GLC lain yang sah-sah mempunyai saham UMNO-BN, tidak pernah memberi muka kepada portal-portal mahupun akhbar-akhbar yang terang-terang menyokong UMNO-BN.

Agak aneh memandangkan UMNO-BN terutama sekali golongan bawahan bersungguh-sungguh mempertahankan UMNO tetapi di peringkat atasan, mereka tidak melihat media-media pembangkang sebagai musuh, sebaliknya kononnya untuk menunjukkan betapa profesional dan terbukanya mereka, maka media-media pembangkang dilebihkan dalam segala hal.

ASTRO, CELCOM, dan beberapa syarikat yang lain, terang-terang tidak peduli dengan politik kerana mereka adalah syarikat korporat. Namun pada mereka ada saham UMNO.

Justeru, para pemimpin UMNO-BN sebenarnya perlu diperhatikan kerana UMNO adalah sebuah parti yang baik dengan dasar yang bagus. Malangnya oleh kerana UMNO adalah organisasi yang perlu dijalankan oleh manusia, maka UMNO jadi bahan gelak tawa pihak lawan.


Semalam salah seorang Blogger Rbf telah melontarklan persoalan yang mengundang maklum balas serta feedback secara jujur dan ikhlas mengenai keupayaan UMNO-BN untuk merampas kembali kerajaan negeri Selangor pada PRU ke 13 nanti…

Ruangan komen tersebut menyaksikan feeback yang pertama, paling awal diterima daripada Blogger YY, beliau adalah blogger dibawah naungan UMB Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia


Demikianlah kisahnya reaksi serta maklum balas yang diterima oleh Blogger Rbf menerusi laman blognya. Sehingga ke saat ini sudah ada 84 komen feedback yang diterima, dan 95% menyatakan UMNO-BN Selangor tidak berupaya, tidak mampu…, tidak larat…, tidak bermaya…. untuk mengembalikan tahta kerajaan negeri terkaya itu kepangkuan UMNO-BN..!

Ramai yang sudah menyebut nyebut mengenai tarikh PRU ke 13. Dikalangan sembang sembang warong kedai kopi ada yang menyatakan tanggal 11 November kerana nombor bertuah YAB Perdana Menteri kita Datuk Sri Najib adalah angka 11.

Tetapi persoalannya ialah apakah erti kemenangan UMNO-BN mempertahankan kerajaan pusat dan kekal memerintah di Putrajaya sekiranya Selangor terus dirobek oleh juak juak murahan Pakatan Pembangkang yang akhirnya akan menghancurkan negara kita ini..?

Kerajaan negeri Selangor adalah nadi kepada keseluruhan struktur pentadbiran kerajaan negara ini. Lambang kejayaan ekonomi negara ini terletak di kemshyuran dan kemakmuran pembangunan pesat disumbangkan oleh negeri Selangor…!

Pada awal keputusan PRU ke 12 2008, ramai yang sedia maklum bahawa Pakatan Pembangkang berjaya menawan Selangor BUKAN kerana mereka hebat.., BUKAN kerana mereka kuat…! Tetapi kekalahan UMNO-BN adalah kerana rakyat menghukum mereka akibat terlalu sombong, angkuh dan tidak mendekati rakyat… Malah dibeberapa tempat sekiranya kita membuat kiraan secara terperinci, terbukti bahawa ahli ahli BN sendiri pun TIDAK mengundi calon BN…

Tidak cukupkah tempoh masa selama 3 tahun ini untuk UMNO-BN memperbetulkan dimana silap mereka..? Apakah yang menjadi masalah dikalangan UMNO-BN sehinggakan tidak ada langsung keyakinan untuk menewaskan Pakatan Pembangkang yang turut sama dibuktikan bukanlah wujud kejayaan mereka menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang baik.

Sekilas pandang kita tidak silap menilai bahawa dinegeri Selangor ini memiliki kerajaan negeri yang lemah TETAPI diwaktu yang sama juga Pembangkang [UMNO-BN] pun sama longlai…!

Seharusnya apabila kerajaan negeri lemah maka pembangkang iaitu UMNO-BN menjadi lantang, vokal.., ofensif dan hebat menyerang…! Tetapi sayang seribu kali sayang…

Maka itulah sebabnya apabila seorang sahabat Blogger membuka ruang mahukan maklumbalas daripada orangramai, lihatlah sendiri keputusan penilaian peperiksaan untuk UMNO-BN Selangor… GAGAL..!

Tidak hairanlah maklumbalas yang paling sulung, paling awal masuk ke ruangan yang disediakan oleh Blog Rbf datang dari pihak UMNO sendiri….

Pihak pejabat PM mohon perhalusi perkara ini secara serius kerana Datuk Sri Najib adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor…!


Salam Perjuangan


No comments:

Post a Comment