Tuesday, September 13, 2011

Suspek Perompak Kedai Mamak Di Berkas !


Tahniah PDRM



SHAH ALAM: Polis Selangor menahan lapan lelaki termasuk dua pelajar Tingkatan Lima dan dua pengawal keselamatan sebagai suspek rompakan bersenjata secara berkumpulan di dua buah restoran mamak pada 28 Ogos dan 8 September lepas di sini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suspek pertama ditangkap di Pangsapuri Rimba Jaya, Klang pada 8 September pukul 11 malam selepas rompakan ke atas restoran mamak dilakukan pada pagi hari yang sama.
Penangkapan suspek pertama membawa kepada penahanan tujuh lagi suspek sehingga Ahad lepas (11 September) dan kesemua suspek yang berumur antara 17 dan 27 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis ini, katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Bagaimanapun, beliau berkata polis masih mencari seorang lelaki dikenali sebagai S.Veeramuthu, 19, dari Kapar bagi membantu siasatan berhubung kes itu. - Mstar

Tahniah PDRM! Semoga dengan penangkapan suspek ini akan dapat menyelesaikan kes samun restoran mamak di Shah Alam.

No comments:

Post a Comment