Wednesday, September 14, 2011

Komunis tiada agama dan tidak percaya Tuhan-Ustaz Norazli



Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Ustaz Norazli Musa membidas kenyataan Perdana Menteri yang menyifatkan komunis dulu adalah jahat dan komunis yang ada sekarang merupakan komunis yang baik. Beliau juga mendakwa didalam laman Facebooknya bahawa ideologi komunis tak pernah berubah dari dulu hinggalah sekarang.

Selain itu, Ustaz Norazli juga menulis yang komunis itu tak mempunyai agama dan juga tidak percaya kepada kewujudan Tuhan. Kenyataan pemimpin PAS Perak ini dibuat berikutan ucapan Perdana Menteri yang telah mengecam tindakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengenai isu komunis.

Najib dalam satu kenyataan semasa Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri-Merdeka di Permatang Pauh berkata, komunis pada masa dahulu berbeza dengan komunis zaman sekarang kerana komunis zaman dahulu tidak memberi hak kekayaan peribadi kepada rakyat. 

"Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat.

"Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka," katanya.

Ustaz Norazli sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi berkenaan isu Mufti Perak yang didakwanya makan duit gaji dari hasil haram. Dan kenyataan terbaru beliau ini mungkin kembali mencetuskan polemik kerana sebelum ini ada pihak didalam PAS mendakwa Mat Indera yang mengetuai Regimen Komunis menyerang Balai Polis di Bukit Kepong adalah seorang yang alim dan warak.

No comments:

Post a Comment