Friday, September 16, 2011

Mansuhkan Akta ISA, buang negeri dan media cetak


Akta ISA, buang negeri dan media cetak dimansuhkan, 2 akta baru diperkenalkan


Salam 1 Malaysia. Berikut merupakan intipati menarik ucapan Perdana Menteri kita Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak mengenai akta ISA dan beberapa akta lain sempena perutusan khas Hari Malaysia di Angkasapuri, malam tadi.
  • Najib umum inisiatif tranformasi politik ke arah menjadi negara moden, progresif.
  • Dua undang-undang baru digubal untuk cegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta jenayah bagi pelihara keamanan, kesejahteraan, serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
  • Akta Buang Negeri 1956 dimansuh, Akta Kediaman Terhad 1933 dikaji semula.
  • Kajian semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 ambil kira Perkara 10 Perlembagaan mengenai hak berhimpun.
  • Kajian semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 membabitkan penghapusan pembaharuan tahunan, sebaliknya digantikan dengan pengeluaran lesen tahunan sehingga dibatalkan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, telah mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Menurut PM, "Seperti mana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif.
"Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," katanya dalam Perutusan Khas Hari Malaysia di Angkasapuri.


Pembangkang mengatakan ISA adalah undang-undang peninggalan penjajah British sejak 1948 yang diwarta pada 1957 dengan nama Internal Security Act atau Akta Keselamatan Dalam Negeri membolehkan seseorang ditahan tanpa bicara tetapi kini Akta itu telah pun dimansuhkan.


Pembangkang berkata undang-undang drokanian itu sebenarnya diciplak daripada salah satu daripada 10 janji program 100 Hari Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengingatkan Pakatan Rakyat agar terus kekal berwaspada di sebalik pengumuman pentadbiran rejim Najib  agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan.

Anwar juga mempersoalkan tujuan sebenar diwujudkan dua akta baru bagi menggantikan ISA dan Ordinan Darurat (EO) 1959 sebagi galang gantinya.

Pembangkang berkata kerajaan Najib mengikut kehendak pembangkang
Apa pula isu yang akan diputarbelitkan oleh pembangkang dengan mansuhnya ISA ?

1 comment:

  1. arrayah.info - Hari Malaysia : Hari Penerus Pemecah-Belah Kesatuan Umat Islam

    ReplyDelete