BAHAYANYA KALAU ‘MENGAJI HANYA DENGAN KHUTABA (PENCERAMAH) DAN BUKANNYA DENGAN ULAMA DAN BERSANAD
Beringatlah Duhai ikhwanku kaum Muslimin, umat Rasulullah yang kucintai sekelian!
Secomel manakah IMAN, ISLAM & IHSAN kita, secantik manakah amal soleh kita, semulia manakah akhlak dan budipekerti kita, setinggi manakah ikhlas kita....sehampir manakah kita dgn Allah....untuk kita meletakkan ‘Musuh’ kita yakni orang yang tidak sehaluan/tidak sefahaman/tidak separti dengan kita…hanya kerana mereka bukan ‘orang kita’ langsung kita TOHMAHKAN mereka sebagai sesat dan pemecahbelah masyarakat???? Pada hal mereka adalah SAUDARA KITA, bukti jelas lagi bersuluh untuk kita katakan mereka adalah saudara kita, selain BERSYAHADAH ialah..bila tiba saat BANCIAN ZAKAT FITRAH, semua kita dibanci, zakatnya disuruh pula keluarkan di MASJID, tak kira apa fahaman orang itu, tapi bila tiba time TAHLIL, MATI dan lainnya...mereka tetap menjadi musuh kembali..... BERJAYA!!!BERJAYA!!!BERJAYA!!! kata Orang puteh bila MELIHAT anak jajahannya BERJAYA diperkotak katikan setelah kepulangan mereka ke BRITAIN. Semua Tertipu dengan sistem DEMOKRASI !!!
TAHUKAH KITA??? DEMOKRASI ADALAH DOKTRIN SESAT yang bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan kita umat Islam. Maka hanya dengan sebab ’PARTI’, kita mudah menuduh dan menghukum orang lain secara semborono sebagai SESAT/PENYESAT/PEMECAHBELAH MASYARAKAT dan sebgainya. Kata2 sebegitu tidak layak keluar dari mulut orang yang mendakwa sebagai pejuang atau pendakwah ilallah. Nampaknya kita bukan PENDAKWAAH..tapi rupanya lebih kepada PENGHUKUM, PENGHENTAM...contoh, dalam ceramah, kalau tak gelar seseorang dengan ’gelaran’ tertentu..Tak sah dan tak sedap pula ceramahnya.Pendengar pula ketawa....MASYA ALLAH. Ini MENGHINA! Kenapa jadi BUDAYA???? Kita ”KOMEN’ af’al Allah...sebenarnya kita perli Allah. Tidak beriman dengan Qadha Qadar Allah. Apa jenis makhluk kita ini???
Dalam bab menghukum orang itu orang ini salah, sesat, bid’ah bukan tak ada dalam disiplin ilmu Islam. Namun semua itu perlu dibuktikan dengan Hujjah Balighah, apakah sesuatu kata atau perbuatan yang kita kata sesat itu betul pasti keluar dari mulut atau dibuat oleh seseorang. Kerana itu kita melihat dalam dalam Ilmu Aqidah ada MUKTAZILAH, JABARIAH, QADARIAH, SYIAH, RAFIDHAH, MUJASSIMAH (fahaman Allah berjisim) MUSYABBIHAH (menyamakan Allah dengan makhluk; tuhan bersemyam atas arasy, tuhan turun ke langit dunia macam imam turun dari mimbar) dan banyak lagi fahaman yang sesat. Dan ini dinyatakan oleh Imam Ahlussunah dalam kitab mereka, gunanya supaya umat Islam menjauhi I’TIQAD batil lagi kufur ini.
Apa yang memang menjadi salah ialah, kita menghukum secara umum; contohnya kita mudah menghukum SEMUA orang UMNO menolak Islam. Adakah DAP 100 % Islam ? Hanya kerana mereka adalah lawan kita, tanpa kita tahu pegangan sebenar mereka. Memang kita ada dengar kata yang merosakkan Aqidah, tapi bukan semua yang berkata begitu.
PESANAN UNTUK KAUM MUSLIMIN
Duhai kaum Muslimin min Ummati Rasulillah,
Tebarkanlah rahmat Nabi untuk semua, ingatlah betapa syurga itu biarlah kiranya menjadi milik kita semua, tak kira apa pun ”kumpulan” kita. Janganlah adanya antara kita semua ke Neraka, Kita ada ’aib, kita ada dosa. Mana-mana ’aib, tutupkanlah..usah disebar. Mana2 dosa sama2lah bertubat dan inabah kepadaNya. Kerana itu ”الدين النصيحة” jadikan dasar bukannya ”التحكم” dan “التهمة” memenuhi bicara.
Pertimbangkanlah sesuatu dengan ilmu (kitab muktabar) bukannya dgn ta’sub dan nafsu. Elakkan tertipu dgn partisme dan ’politiking’...semua itu adalah PENGHALANG jalan (salik) menuju Allah, politiking mengajar kita sombong, angkuh, tohmah, umpat, keji, hina, ggelar..orang lain semua tak kena. Ingat! Perjalanan kita dari alam rahim dan seterusnya ke alam barzakh adalah seorang diri. Kita sendiri yang akan bertanggungjawab dgn setiap amalan kita. SIBUKKANLAH DGN AMAL SOLEH UNTUK MENGISLAHKAN DAN MEMBERSIHKAN DIRI...SEBELUM KITA DIJEMPUT ILAHI. TELADANILAH JALANAN PARA SUFI , MURABBI DAN AHLILLAH... JALAN PENUH RAHMAT DAN KECINTAAN SERTA KASIH SAYANG KEPADA UMMAH SELURUHNYA.
"اللهم اغفر لأمة محمد صلى الله عليه وسلم وارحمهم رحمة عامة"
Bersatulah Bangsaku !
Salam Perjuangan
No comments:
Post a Comment